Akhirya keputusan yang amat menyakitkan bagi seluruh peminat kelab bola sepak terkenal dunia Real Madrid telah pun tiba apabila bintang utama kelab itu iaitu Cristiano Ronaldo mengucapkan selamat tinggal selepas 9 tahun berkhidmat.

Ronaldo secara rasminya akan berpindah ke kelab yang baru iaitu Juventus yang merupakan kelab dari liga Itali dengan kontrak perpindahan berjumlah 100 juta Euro.

Bersama dengan kelab baru itu, Ronaldo bakal menerima gaji sebanyak 500,000 Euro seminggu.

Sepanjang berkhidmat bersama Real Madrid, Ronaldo telah menyumbangkan sebanyak 450 gol, 4 piala Liga Juara-Juara, 2 Piala La Liga, 2 Piala Del Rey, 2 Piala Super Spanish dan 2 piala Super UEFA. Bukan itu sahaja, penyarung jersey nombor 7 ini turut merangkul 4 anugerah Ballon D’or.

Nampaknya ramai yang akan merindui kelibat pemain kacak yang begitu lincah ini di padang Liga Sepanyol pada musim hadapan.

Tahniah kepada Juventus dan semoga berjaya di tempat baru Cristiano Ronaldo!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!