72623

Datin Alyah Disamakan Dengan Rahib Oleh Netizen - Suria FM - Segalanya Hiburan

Penyanyi popular Datin Alyah atau nama sebenarnya Nor Hasliah Abu Hassan telah dilabel berpakaian seperti seorang rahib atai biarawati gara-gara menggayakan satu persalinan sewaktu melakukan persembahan baru-baru ini.

screen-shot-2017-09-20-at-9-23-35-am

Alyah telah memuatnaik sebuah foto di Instagram beserta kapsyen yang mengatakan bahawa dirinya telah disamakan dengan rahib.

screen-shot-2017-09-20-at-9-23-02-am

Menurut Alyah, dia telah menjelaskan kenapa dia memakai baju sebegitu tetapi netizen tetap mahu berlawan membalas komen.

screen-shot-2017-09-20-at-9-30-59-am

screen-shot-2017-09-20-at-9-33-09-am

Disebabkan perkara itu, Alyah sempat merasa tertekan sehingga hampir rebah.

screen-shot-2017-09-20-at-9-23-20-am

“Satu hari tu saya sampai terduduk dan berfikir beginikah orang sekarang”, luahnya.

Sebagai seorang isteri, Alyah turut berkongsi masalahnya bersama suami iaitu Dato Ramli MS atau Tok Ram.

screen-shot-2017-09-20-at-9-27-44-am

Kata Alyah, Tok Ram telah menasihatinya supaya tidak mempedulikan kata-kata netizen kerana berdasarkan cara netizen memberi komen, sudah dapat diduga pemikiran mereka seperti mana.

“Perkara sebegini kadang-kadang susah untuk dijelaskan. Kita bukan bijak pandai agama. Saya selalu berdoa Ya Allah bimbing aku dan lindungi aku, itu yang hari-hari saya pesan kepada diri saya sendiri”, katanya.

screen-shot-2017-09-20-at-9-29-18-am

Dalam perkembangan lain. Alyah muncul dengan lagu duet terbarunya bersama Farawahida yang berjudul Mengapa Harus Aku.

Mengapa Harus Aku ditulis oleh Alyah sendiri bersama NK Azlen dan Alfie Alwi.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!