84836

Datin Diana Danielle Akhirnya Muncul Di Sisi Suami – Netizen Sebak - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sepanjang kes kontroversi yang melibatkan Datuk Farid Kamil berlangsung, tiada kelibat isterinya iaitu Datin Diana Danielle kelihatan sama ada di balai ataupun di mahkamah.

Diana juga sering menutup ruangan komen di akaun Instagramnya dan sesekali memuatnaik gambar serta status.

Namun hari ini, Diana buat pertama kalinya telah muncul di mahkamah untuk menemani suaminya. Kehadiran Diana yag berbaju kurung turut ditemani adik Datuk Farid iaitu Fadzil.

 

whatsapp-image-2018-01-16-at-5-56-42-pm

Mahkamah memutuskan untuk menyebut semula kes pada 5 Mac depan selepas Datuk Farid mengaku tidak bersalah ke atas 4 pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Selepas ditahan selama 5 hari, akhirnya Datuk Farid dibenarkan bebas dengan ikat jamin sebanyak RM12,000.

Kebanyakan netizen berasa sebak dan terharu melihat kemunculan Diana disisi Datuk Farid. Datuk Farid pula sempat memberi komen bahawa dia memang berharap mendapat kunjungan dari isterinya serta merindui anak-anak.

 

whatsapp-image-2018-01-16-at-5-56-42-pm-1

Datuk Farid dikatakan akan dibawa untuk berubat oleh keluarganya dan meminta supaya dia diberikan ruang privasi buat sementara waktu.

SURIA sentisa mendoakan kesejahteraan Datuk Farid sekeluarga. Semoga semuanya dapat diselesaikan dengan segera.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!