72852

Diari Hamil Jihan Muse di Ruang Digital dan Kaca Televisyen - Suria FM - Segalanya Hiburan

mr1_6602

Wah nampaknya seorang lagi selebriti bakal berkongsi kisah kehamilan dan persiapannya menyambut cahaya mata lewat program realitinya sendiri. Siapa lagi kalau bukan pengacara popular Jihan Muse.

Rancangan bernama ‘Hi Mommy Jihan!’ itu bakal memaparkan kehidupan harian Jihan Muse dan Ungku Hariz meniti detik kelahiran bayi sulung mereka.

mr1_6309

‘Hi Mommy Jihan!’ merupakan sebuah blog video (vlog) bersiri yang memaparkan klip-klip eksklusif kehidupan harian Jihan Muse dan pasangan, Ungku Hariz sepanjang tempoh kehamilan sulung Jihan sehingga selepas beliau bersalin menerusi rakaman yang dilakukan sendiri oleh pasangan ini.

‘Hi Mommy Jihan!’ yang berkonsepkan vlog ini dizahirkan sebanyak 30 episod dan berdurasi selama 5 hingga 10 minit bagi setiap siaran. Sebanyak dua episod akan disiarkan pada setiap minggu. ‘Hi Mommy Jihan!’ akan disiarkan di YouTube MeleTOP (MeleTOP) terlebih dahulu diikuti dengan siaran di televisyen menerusi Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

mr1_6571

Rakaman vlog yang dibuat sendiri oleh Jihan dan Ungku Hariz tanpa sebarang skrip ini bermula sejak kandungan Jihan berusia 31 minggu sehingga selepas Jihan bersalin.

Antara klip yang terkandung dalam ‘Hi Mommy Jihan!’ termasuklah lawatan Jihan dan suami ke klinik untuk rutin pemeriksaan kandungan, fasa mengidam yang dilalui Jihan, diet dan senaman yang diamalkan sepanjang tempoh kehamilan, aktiviti seni serta perubahan fizikal yang dialami Jihan semasa mengandung dan juga persiapan barangan bayi, sehinggalah ke detik Jihan melahirkan bayinya, menjalani pantang dan seterusnya di sekitar majlis cukur jambul cahaya mata sulung pasangan ini.

mr1_6117

Beberapa kenalan selebriti rapat Jihan turut membuat penampilan istimewa dalam vlog ini seperti Rozita Che Wan, Nabil Ahmad dan Liza Hanim.

Pada setiap penghujung siaran, terdapat fakta menarik mengenai kehamilan yang boleh dijadikan panduan khususnya buat mereka yang bakal bergelar ibu bapa.

mr1_6102

Kami di Suria mendoakan semoga semuanya berjalan lancar untuk Jihan, suami dan bayinya Insyaa Allah.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!