Pelakon Sherry Ibrahim telah meluahkan rasa kesal di Instagramnya selepas perancang perkahwinan popular Reka Teemor meninggalkan komen di salah sebuah video yang dimuat naik oleh Sherry.

Dalam komen itu, kelihatan Reka Teemor telah meninggalkan komen seperti ini ;

whatsapp-image-2018-03-13-at-3-09-44-pm-2

Umum mengetahui bahawa Sherry dan Fattah Amin pernah menjalin hubungan cinta beberapa tahu yang lalu, namun hubungan mereka tidak kesampaian.

Sherry yang bengang dengan komen itu telah merasa dirinya telah terkena buli siber dan satu tindakan biadap.

Sherry turut meminta Reka Teemor untuk menjelaskan perkara sebenar kepadanya sebelum beliau mengambil tindakan selanjutnya.

whatsapp-image-2018-03-13-at-3-09-44-pm

Sementara itu menerusi Instagram Reka Teemor, mereka telah memuatnaik status serta gambar yang mengatakan bahawa akaun Instagram mereka telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

whatsapp-image-2018-03-13-at-3-09-44-pm-1Semoga ada perbincangan yang dilakukan oleh kedua-dua belah pihak. SURIA percaya sebagai perancang perkahwinan ternama di Malaysia, Reka Teemor tidak akan sewenang-wenangnya menjejaskan reputasi mereka yang sudah lama dibina. Kepada Sherry semoga tabah dan kuat dengan komen-komen serta kecaman dari netizen.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!