114285

DJ LIN MENANG ANUGERAH PENYAMPAI RADIO PALING DIPERCAYAI DI MALAYSIA BAGI TAHUN 202 - Suria FM - Segalanya Hiburan

 

Penyampai radio Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau lebih dikenali sebagai DJ LIN telah dinobatkan sebagai salah seorang pemenang Anugerah Jenama Paling Dipercayai anjuran majalah antarabangsa Reader’s Digest. DJ Lin diundi oleh peminat di Malaysia sebagai Penyampai Radio Paling Dipercayai.

Bagi penyampai radio yang popular menerusi slot Suria Cinta dan juga Pengurus Besar Stesen Suria FM, beliau terkejut dan pada masa yang sama bersyukur dengan anugerah yang diterima dan pencapaian yang dimiliki sehingga kini.

“Anugerah yang diterima ini sangat besar maknanya dalam kamus perjalanan karier seni DJ Lin sebagai seorang Penyampai Radio. Tentunya ini merupakan satu penghormatan buat diri DJ Lin sekaligus menyuntik inspirasi untuk lebih tekun dan fokus membawa nama stesen radio Suria FM ke tahap lebih tinggi.”

Tambah DJ Lin lagi, “Pengiktirafan yang diberikan ini membuktikan bahawa jenama DJ LIN semakin dipercayai dan kukuh sebagai jenama yang mampu bertahan dalam cabaran masa kini. Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur, Reader’s Digest dan juga rakyat Malaysia yang mengundi dan menyokong DJ Lin selama ini.”

Kredibiliti dan populariti DJ Lin selama 22 tahun di dalam industri radio di Malaysia diiktiraf menerusi beberapa anugerah besar yang dimenanginya sebelum ini antaranya Anugerah Sri Angkasa (kategori Penyampai Radio Terbaik) sebanyak tiga kali, Anugerah Penyampai Radio Paling Popular Berita Harian (ABPBH) sebanyak tiga kali dan Anugerah Kesatria Puteri (Industri Radio) Himpunan Wanita Muda Negara 2012. Dan Anugerah Penyampai Radio Paling Dipercayai ini merupakan anugerah kelapan buat DJ Lin.

Kekal mendengarkan Suria Cinta setiap hari Ahad hingga Jumaat pada jam 8.00 malam hingga 1.00 pagi di frekuensi Suria FM atau menerusi aplikasi terbaharu Suria Malaysia.

Bermula 6 September hingga 15 Oktober 2021 ini, rebut peluang untuk merebut sebahagian wang tunai dan pelbagai hadiah bonus menarik berjumlah RM50,000! Dan jangan lupa untuk berhibur di rumah dengan menyaksikan gelagat penyampai Suria dan rakan selebriti berbual mengenai perkembangan terbaru rakan selebriti menerusi Instagram (IG) Live Chit Chat Suria setiap Isnin, Rabu dan Jumaat pada jam 9.30 malam di Instagram Suria Malaysia.

Ikuti media sosial @djlinsuriacinta dan @suriamalaysia untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai DJ Lin dan Suria FM.

Anugerah Reader’s Digest Trusted Brands ke-23 mengiktiraf jenama yang dipercayai berdasarkan undian oleh lebih daripada 8,000 individu yang telah dipilih daripada Malaysia, Singapura, Filipina, Hong Kong dan Taiwan.

Lebih daripada 100 jenama tempatan terpilih untuk memenangi lebih daripada 50 kategori yang mewakili pelbagai sektor seperti makanan dan minuman, produk penjagaan diri, pengendali khidmat penjagaan kesihatan, peralatan elektronik rumah, institusi kewangan, pemaju hartanah dan banyak lagi.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!