91379

Dolce&Gabbana Terima Padah Di China - Suria FM - Segalanya Hiburan

Jenama fesyen terkenal dari Italy iaitu Dolce&Gabbana (D&G) terpaksa berputih mata apabila pertunjukan fesyen yang sepatutnya berlangsung di Shanghai China telah dibatalkan di saat akhir.

Semuanya gara-gara kontroversi iklan jenama itu yang dikatakan telah mempersendakan bangsa dan budaya Cina.

Dalam iklan yang telah dimuatnaik di media sosial Weibo itu, D&G telah memuatnaik iklan yang menunjukkan seorang model berbangsa cina sedang bergelut untuk makan makanan Itali seperti pizza menggunakan penyepit (chopstick).

lebih parah apabila seorang penulis fesyen dari China telah memuatnaik mesej-mesej yang telah diberikan oleh pereka fesyen jenama itu iaitu Stefano dalam perbalahan yang berlaku di antara mereka.

Akaun Instagram terkenal Diet Prada telah memuatnaik kontroversi ini di Instagram lantas mendapat perhatian seluruh dunia.

Para selebriti terkenal China seperti Li Bing Bing, Zhang Zi Yi dan beberapa bintang lain juga telah membatalkan kehadiran mereka ke pertunjukan fesyen berkenaan sebelum ia diumumkan secara rasmi dibatalkan.

Stefano telah memuatnaik di Instagramnya bahawa akaunnya telah digodam dan bukan dia yang berbalas mesej menghina China dan orangnya.

Di media sosial ramai rakyat China meluahkan kemarahan terhadap jenama itu dan bertindak untuk memboikot jenama itu selama-lamanya.

Mereka turut memutnaik video serta gambar mereka membakar, memotong dan membuang barangan jenama D&G milik mereka sebagai tanda protes.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!