72652

F1NALE – Terima Kasih Dan Selamat Tinggal Malaysia - Suria FM - Segalanya Hiburan

Semalam kita telah menyaksikan perlumbaan terakhir Formula Satu yang telah pun melabuhkan tirainya bagi sesi perlumbaan di Litar Sepang Malaysia.

screen-shot-2017-10-02-at-2-21-40-pm

Setelah 19 tahun mewarnai Litar Sepang dengan perlumbaan yang sungguh mengujakan akhirnya tiba masa bagi rakyat Malaysia mengucapkan selamat tinggal kepada sukan perlumbaan kereta nombor satu dunia ini.

screen-shot-2017-10-02-at-2-21-19-pmPerpisahan ini pastinya paling dirasai oleh pasukan Petronas yang disertai oleh juara dunia, Lewis Hamilton dan Valtterri Bottas.

screen-shot-2017-10-02-at-2-24-35-pm

Hamilton dalam temubualnya berkata, perlumbaan kali ini adalah paling sukar kerana beliau mahu memastikan kemenangan berpihak kepadanya sebagai hadiah terakhir buat Malaysia.

screen-shot-2017-10-02-at-2-18-09-pm

Namun nasib tidak menyebelahi dirinya apabila beliau tewas kepada Max Verstappen dari pasukan Redbull yang meraih tempat pertama semalam. Hamilton pula berada di tempat kedua manakala rakan sepasukan Verstappen, Daniel Ricciardo di tempat ketiga.

 

screen-shot-2017-10-02-at-1-59-39-pm

Suria sendiri berpeluang merasai pengalaman menyaksikan perlumbaan terakhir ini. Ribuan manusia membanjiri Litar Sepang selama dua hari. Masing-masing tidak mahu melepaskan peluang menjadi antara yang terakhir menonton perlumbaan Formula 1 secara langsung.

screen-shot-2017-10-02-at-1-59-08-pm

Melangkah masuk di perkarangan utama Litar Sepang sahaja sudah membuatkan kami berasa sebak apatah lagi saat melangkah keluar dari situ.

Terpampang tulisan ‘Terima Kasih Malaysia’ di pintu keluar utama Litar Sepang yang sekaligus mengimbau semula kegemilangan yang pernah berlangsung di sini selama 19 tahun.

screen-shot-2017-10-02-at-2-27-29-pm

Saat lagu kebangsaan, Negaraku dialunkan oleh penyanyi bersuara soprano Ning Baizura, satu perasaan yang sukar ditafsirkan dengan kata-kata melanda di jiwa.

Perasaan penuh bangga kerana negara Malaysia pernah menjadi medan pertempuran sukan permotoran paling berprestij di dunia. Saban tahun seluruh dunia akan memberi tumpuan selama 3 hari sepanjang Formula 1 Sepang berlangsung.

 

screen-shot-2017-10-02-at-2-43-02-pm

Suria sempat berbual dengan beberapa peminat dari dalam dan luar negara yang rata-ratanya menyatakan rasa terharu, gembira dan pada masa yang sama sedih kerana tidak berpeluang menonton perlumbaan Formula 1 di litar ikonik ini lagi.

screen-shot-2017-10-02-at-2-30-47-pm

Menjadi kebiasaan selepas perlumbaan terakhir, akan diserikan dengan konsert dari penyanyi terkenal dunia. Jika tahun-tahun sebelumnya kita pernah disajikan dengan persembahan hebat dari Usher dan Calvin Harris, untuk edisi terakhir ini satu kelainan dibawakan.

screen-shot-2017-10-02-at-1-56-39-pm

Artis lokal bergabung dengan artis serantau seperti Indonesia dan Singapura dipilih untuk mempbuat persembahan. Kesemua artis yang terpilih adalah artis yang telah dicalonkan untuk Anugerah Planet Muzik 2017 yang akan berlangsung di Singapura nanti.

screen-shot-2017-10-02-at-1-57-50-pm

Antara artis yang terlibat membuat persembahan ialah, Ayda Jebat, Aiman Tino, Wany Hasrita, Haris Baba, Hael Husaini dan ramai lagi.

screen-shot-2017-10-02-at-2-38-39-pm

Terima kasih rakyat Malaysia kerana telah memberikan sokongan selama 19 tahun dan terima kasih kepada semua tenaga kerja Formula 1 yang pernah berkhidmat di Litar Sepang sejak dari tahun 1999. Semoga kita bertemu lagi pada masa akan datang.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!