72616

Fathia Latiff Buat Hal Lagi? - Suria FM - Segalanya Hiburan

Nama pelakon popular bertudung lagi jelita, Fathia Latiff sekali lagi dihambat kontroversi apabila bukan sahaja satu, tetapi dua kontroversi melanda dirinya sekaligus hujung minggu lalu.

Pertama kontroversi dirinya dikatakan digugurkan dari drama La Luna. Fathia dikatakan mempunyai masalah disiplin seperti sering datang lewat dan hadir dalam keadaan tak terurus.

 

Untuk mengelakkan pihak produksi dari menanggung kerugian yang lebih besar di kemudian hari, akhirnya mereka terpaksa menggugurkan Fathia dari drama berkenaan.

 

Kontroversi kedua lebih panas apabila rakaman video dari aplikasi sosial Bigo milik seorang artis suam-suam kuku tersebar. Dalam video itu kelihatan kelibat seorang wanita mirip Fathia yang sedang menari dalam keadaan ghairah sehingga menampakkan separuh dari buah dadanya.

 

screen-shot-2017-09-18-at-12-12-43-pm

Terdapat dua video yang telah tersebar sehingga menjadi tular di media sosial. Video kedua pula menunjukkan wanita persis Fathia itu hanya berkemban.

screen-shot-2017-09-18-at-12-10-28-pm

Ada netizen yang bertanya kepada artis suam-suam kuku berkenaan yang dikenali sebagai Natasha Elyzza adakah wanita di dalam videonya itu Fathia. Namun dia menafikan. Tetapi wanita di dalam video berkenaan meminta dia mengaku bahawa dirinya Fathia sekaligus dilihat seolah-olah mengiakan identiti sebenar wanita di dalam video berkenaan.

screen-shot-2017-09-18-at-11-53-48-am

Artis suam-suam kuku berkenaan sempat memaki netizen yang bertanyakan soalan kepadanya.

Semoga kedua-dua mereka mengambil iktibar dari kontroversi ini.

 

Sumber Video : YouTube Kaizen Protocol.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!