84839

"Fathia Latiff, Meh Kita Sama-Sama Bunuh Diri"- Iqram Dinzly - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon Fathia Latiff telah meninggalkan komen di sesi siaran langsung Instagram milik Iqram Dinzly yang bertanyakan tentang babak ‘bunuh diri’.

Umum mengetahui Iqram sering melakukan siaran langsung dengan pergerakan yang disifatkan sebagai seni.

Dalam keghairahan melakukan adegan-adegan seni itu, kelihatan Fathia sempat meninggalkan komen yang tertulis takda scene bunuh diri ke?

whatsapp-image-2018-01-17-at-1-14-50-pm-1whatsapp-image-2018-01-17-at-1-14-50-pm

Iqram sempat mengulas tentang komen Fathia itu sewaktu dihubungi oleh wartawan Mstar.

Dalam sebuah video yang dimuatnaik Mstar Online, Iqram berkata dia tidak tahu kenapa Fathia bertindak untuk meninggalkan komen sebegitu.

“Mungkin dia rasa dia pun nak jadi sebahagian daripada netizen yang suka menyondol sana sini.

Saya sarankan kepada Fathia Latiff, meh sama-sama kita bunuh diri sebab dia pun dah lari ke luar negara tu.

Kalau kau nak suruh aku bunuh diri, lebih baik kau pun sama bunuh diri sebelum kau dibunuh orang lain”, katanya.

Aduh kenapa a bangkit isu yang begitu sensitif ini. Bunuh diri bukanlah perkara yang boleh dibawa bergurau. Silap hari bulan buruk padahnya. Takut ada yang menyesal di kemudian hari.

Jom sama-sama kita bermuhasabah diri.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!