84847

Fathia Latiff Mohon Maaf Pada Iqram Dinzly - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon kontroversi Fathia Latiff telah membaut permohonan maaf secara terbuka di Instragramnya kepada Iqram Dinzly diatas keterlanjuran katanya kepada pelakon itu.

Sebelum ini Fathia telah mencetuskan kontroversi serta kemarahan netizen selepas memberi komen tentang bunuh diri sewaktu Iqram Dinzly sedang melakukan aksi siaran langsung di Instagram.

whatsapp-image-2018-01-17-at-1-14-50-pm-1

Ternyata komen Fathia itu telah mengundang kecaman netizen termasuklah beberapa selebriti tempatan.

Menyedari tentang hakikat itu, Fathia telah memohon maaf secara terbuka di Instagramnya.

whatsapp-image-2018-01-19-at-11-40-54-am-1

Kata Fathia dalam statusnya itu, bukan niatnya untuk melukakan hati sesiapa dengan memberikan komen sebegitu.

Tambah Fathia lagi dia cuma mahu membuat ‘psikologi terbalik’ untuk mengurangkan kesedihan yang sedang dialami oleh Iqram.

Fathia turut mengakui kesalahannya tidak memilih perkataan yang betul dan berharap kesalahannya dapat dimaafkan.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!