72451

Fathia Latiff Tanggal Tudung Di Rumah Terbuka? - Suria FM - Segalanya Hiburan

Kecoh apabila pelakon popular Fathia Latiff dikatakan telah membuka hijabnya apabila gambar beliau tidak bertudung bersebelahan seorang lelaki di satu majlis rumah terbuka telah tersebar.

Namun Fathia telah menafikan bahawa lelaki yang berada bersebelahan dengannya itu adalah kekasihnya seperti yang didakwa.

Menurut Fathia lelaki itu bukanlah kekasihnya tetapi salah seorang saudaranya. Gambar itu juga dirakam oleh salah seorang rakannya ketika beliau menghadiri rumah terbuka salah seorang saudaranya.

“Waktu itu saya berada di majlis rumah terbuka ahli keluarga dan ramai saudara-mara turut hadir. Apabila berada di samping mereka, saya lebih selesa untuk membuka tudung”, katanya.

screen-shot-2017-07-20-at-1-32-40-pm

Tambah pelakon Menanti Februari ini lagi, beliau sendiri tidak tahu bagaimana gambar itu boleh tersebar sehingga dimuatnaik oleh satu portal gosip hiburan.

“Ia tidak sepatutnya berlaku kerana saya dikelilingi keluarga, saudara dan teman rapat ketika itu”, katanya.

Fathia juga memohon maaf jika ada pihak yang kurang senang apabila melihat gambar dirinya yang tidak berhijab ketika itu.

“Percayalah gambar itu tidak menggambarkan diri saya yang sebenarnya. ia juga tidak bermakna saya tidak mahu lagi memakai tudung.

Daripada mengecam saya, lebih elok mendoakan saya supaya terus kuat dan istiqomah apabila berdepan dengan pelbagai dugaan”, luahnya.

 

Sumber : Harian Metro

 

Untuk lebih banyak cerita panas, klik di sini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!