72431

Fattah Amin Ditolak Peminat Drama Korea? - Suria FM - Segalanya Hiburan

Drama popular Korea, Coffee Prince bakal diadaptasi dalam versi Malaysia dan pelakon yang bertuah untuk memainkan peranan sebagai hero adalah tidak lain dan tidak bukan, Fattah Amin.

coffee-prince_780x436

Drama Coffee Prince versi Korea dibintangi oleh pelakon yang sangat popular iaitu Gong Yoo yang pernah membintangi filem pecah panggung Train To Busan dan drama hit Goblin.

91aa4c6a49a5d1c550e9fbd42bf1175851846f31

Wajah tampan Fattah Amin yang berkulit cerah serta sosok tubuhnya yang tinggi dan sasa hampir kena dengan watak itu.

Namun ternyata pemilihan Fattah Amin sebagai watak utama Coffee Prince tidak disenangi oleh peminat tegar drama Korea.

screen-shot-2017-07-13-at-12-27-24-pm

screen-shot-2017-07-13-at-12-36-34-pm

Ada yang berpendapat sudah muak melihat wajah Bintang Paling Popular itu di kaca televisyen. Ada juga yang berpendapat tahap lakonan Fattah belum setaraf untuk memainkan watak ikonik lakonan Gong Yoo itu.

screen-shot-2017-07-13-at-12-36-14-pm

unnamed-2

Bermacam-macam komen yang diberikan di media sosial dan rata-ratanya mengecam dan cuba mengekspresikan perasaan masing-masing dengan cara paling kelakar.

unnamed-1

unnamed-4

unnamed

Pecah perut juga kami dibuatnya. Namun seperti biasa peminat kesayangan Fattah Amin masih berdiri teguh dibelakangnya.

Untuk lebih banyak cerita sensasi, klik di sini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!