85112

#FattzuraFairyTale – Kisah Dongeng Yang Menjadi Nyata - Suria FM - Segalanya Hiburan

Bagaikan hikayat dongeng popular Cinderella, itulah yang boleh dikatakan untuk menggambarkan betapa indahnya majlis resepsi pasangan pelakon popular Fazura dan Fattah Amin ataupun lebih popular dengan gelaran Fattzura.

Bertempat di hotel Mandarin Oriental Kuala lumpur, seluruh dewan dihias bagaikan di dalam sebuah istana kayangan.

Perancang perkahwinan terkenal Reka Teemor diberi tanggungjawab untuk merealisasikan tema ‘FairyTale’ seperti yang diidamkan oleh Fazura.

whatsapp-image-2018-02-25-at-8-29-51-pm

Ramai tetamu serta selebriti popular tanah air yang hadir antaranya Rozita Che Wan, Umie Aida, Izara Aishah, Zizie Ezette, Lisa Surihani, Fasha Sandha, Nazim Othman, Zizan Razak, Mira Filzah dan ramai lagi.

whatsapp-image-2018-02-26-at-2-07-47-pm-2

whatsapp-image-2018-02-26-at-2-07-47-pm

whatsapp-image-2018-02-26-at-2-07-47-pm-3

whatsapp-image-2018-02-26-at-2-07-47-pm-4

Sebaik sahaja semua tetamu memenuhi segenap ruang dewan, pasangan pengantin berarak masuk dengan penuh romantis.

Fazura kelihatan sungguh jelita menyarung busana ilham pereka fesyen popular Rizman Ruzaini yang juga merupakan teman baiknya.

whatsapp-image-2018-02-26-at-1-48-00-pm-4

Gaun berenda rona putih bersih menjadi pilihan Fazura. Tatkala beliau berjalan melangkah masuk kedalam dewan dengan memakai layah putih labuh, ibarat menyaksikan bidadari yang turun dari kayangan.

whatsapp-image-2018-02-26-at-1-48-00-pm-12

whatsapp-image-2018-02-26-at-1-48-00-pm-11

Fattah juga kelihatan begitu tampan memakai sut berwarna hitam persis seorang putera raja yang menjadi idaman sang puteri jelita.

Tatkala hadirin mula menikmati makan malam, tetamu dihidangkan dengan persembahan artis-artis popular yang menjadi kegemaran pasangan mempelai. Antara yang membuat persembahan pada malam itu ialah Dato Sheila Majid, Dayang Nurfaizah, Aizat dan yang paling mengejutkan ramai adalah kemunculan kumpulan Ruffedge yang kembali membuat persemabahn bersama selepas 11 tahun.

Congrats @missfazura @fattahaminz tq for inviting me #fattzurafairytale

A post shared by Dayang Nurfaizah (@dayangsayangkamu) on

Untuk upacara memotong kek pula, pasangan mempelai menukar busana kedua yang lebih gah. Fazura menyarung gaun kembang berona merah jambu cair dengan perincian kristal dan manik. Penggunaan mahkota bersaiz kecil membuatkan penampilannya tidak ubah seperti seorang puteri.

whatsapp-image-2018-02-26-at-1-48-00-pm-7

Ramai tetamu yang hadir benar-benar gembira dan menikmati majlis yang serba indah ini. Perasaan cinta dan kasih sayang memenuhi segenap ruang dewan terutamanya saat video ucapan dari keluarga dan teman rapat ditayangkan. Sesekali kelihatan Fazura tidak dapat menahan air matanya dari jatuh tatkala melihat video yang ditayangkan.

 

whatsapp-image-2018-02-26-at-1-48-00-pm-13

Tiada gimik jelak serta tarian ‘flashmob’ mengjengkelkan yang mungkin boleh merosakkan ‘mood’ serta suasana ‘fairy tale’ seperti yang diimpikan.

whatsapp-image-2018-02-26-at-1-48-00-pm-8

Rakan-rakan media yang hadir juga datang serta diundang sebagai ‘teman media’ dan bukannya untuk bekerja atau membuat liputan.

whatsapp-image-2018-02-26-at-1-28-21-am

Sebagai cenderamata, tetamu dihadiahkan dengan bingkai gambar kedua pasangan mempelai serta kek yang enak sebagai tanda terima kasih dan kenang-kenangan.

whatsapp-image-2018-02-26-at-2-31-48-pm

SURIA sebagai teman media ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Nur Fazura dan Fattah Amin kerana sudi menjemput SURIA untuk berkongsi kisah cinta serta hari bahagian kalian berdua.

whatsapp-image-2018-02-26-at-1-35-43-am

Tiada apa yang mampu kami berikan kecuali doa yang tulus ikhlas semoga perkahwinan serta cinta kalian mewangi hingga ke syurga.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!