85152

Fazura Kongsi Cerita Gaun Perkahwinannya - Suria FM - Segalanya Hiburan

Tidak dapat dinafikan pelakon Nur Fazura kelihatan sungguh jelita bagaikan bidadari sewaktu majlis resepsinya baru-baru ini.

Majlis resepsi yang bertemakan Fairy Tale itu kelihatan sungguh sempurna dan bagaikan di alam fantasi.

whatsapp-image-2018-03-06-at-1-34-39-pm-3

Paling menarik perhatian terutamanya buat bakal pengantin diluar sana tentulah gaun indah yang di pakai oleh Fazura pada malam itu.

Fazura menyarung dua busana indah rekaan pereka fesyen terkenal yang juga teman baiknya iaitu Rizman Ruzaini.

whatsapp-image-2018-03-06-at-1-34-39-pm

Menurut Fazura memang menjadi impiannya untuk memakai baju pengantin berwarna putih bersama layah putih labuh.

 

whatsapp-image-2018-03-06-at-1-34-40-pm

Tambahnya lagi pada mulanya beliau hanya bercadang mahu memakai satu persalinan sahaja namun Rizman Ruzaini telah menyiapkan satu lagi gaun berwarna merah jambu untuk acara memotong kek.

whatsapp-image-2018-03-06-at-1-34-39-pm-1

“Saya tak dapat buat pilihan sebab dua-dua pun saya suka. Sebenarnya kami mengubah rancangan sebanyak tiga kali nak pakai baju yang mana satu terlebih dahulu. Tetapi akhirnya kami memilih untuk memakai busana berwarna putih dahulu”, jelasnya.

whatsapp-image-2018-03-06-at-1-34-39-pm-2

Kata Fazura lagi beliau memang inginkan majlis perkahwinan itu menonjolkan siapa dirinya yang merupakan seorang yang ringkas.

Kedua-dua busana yang digayakan oleh Fazura pada malam itu disiapkan dalam tempoh kurang dari 2 bulan.

whatsapp-image-2018-02-26-at-1-48-00-pm-4

“Soal baju saya serahkan sepenuhnya kepada Rizman Ruzaini. Saya bagi dua gambar sebagai rujukan. Tetapi saya sangat tekankan pasal veil (layah) rasanya dalam 11 kali saya cakap pasal veil dengan Rizman yang saya mahukan veil yang panjang” kongsinya yang begitu gembira dengan hasil kerja tangan teman baiknya itu.

whatsapp-image-2018-02-26-at-1-48-00-pm-11

Kalau dah orangnya memang cantik, pakai apa pun pasti kelihatan cantik. Busana dari Rizman Ruzaini itu telah membuatkan Fazura kelihatan bagaikan bidadari. SURIA yakin pasti sudah ramai bakal pengantin yang inginkan busana pengantin mereka ala-ala Fazura kan? Tak sabar SURIA nak lihat baju resepsi untuk majlis pada 11 Mac nanti yang bertemakan tradisional.

 

Kredit Foto : Rizman Ruzaini

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!