85082

Filem Badang 'Trending' Di Kalangan Netizen - Suria FM - Segalanya Hiburan

Filem adiwira tempatan berjudul Badang lakonan pengasas produk kosmetik dan kesihatan terkemuka Dato Seri Aliff Syukri telah mendapat perhatian dan menjadi bualan netizen seluruh negara.

Rata-rata netizen telah memberikan komen terhadap filem itu tidak kira sama ada mereka telah menonton mahupun belum di pawagam.

7badang00_450

Namun rata-rata mereka telah memberikan komen-komen yang negatif tentang filem berkenaan yang dikatakan ketinggalan zaman.

Malah ada juga yang berpendapat filem ini seolah-olah mengelirukan kanak-kanak dengan legenda Badang yang menjadi cerita rakyat Malaysia sejak sekian lama.

whatsapp-image-2018-02-20-at-9-11-16-am

Tayangan serentak dengan filem antarabangsa keluaran Marvel iaitu Black Panther juga telah menjadi pembandingan maha hebat dikalangan netizen yang rata-rata lebih sanggup menghabiskan RM15 untuk menonton Black Panther.

Lakonan Dato Seri Aliff juga menjadi bahan bualan netizen yang rata-rata mengecam beliau terutamanya di Instagram miliknya.

whatsapp-image-2018-02-20-at-9-10-53-am-2

Aduh kenapa sampai begitu sekali. Andai anda sudah menonton dan tidak kena dengan selera anda, janganlah dihina dengan teruk terutamanya di Instagram Dato Seri Aliff.

Setiap insan punya perasaan. Apa kata kalau kita sampaikan pesanan dengan cara yang positif dan berbudi bahasa.

Apa-apa pun semoga berjaya kepada seluruh warga kerja filem Badang.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!