72783

Gigi Hadid & Katy Perry Diharamkan Ke China - Suria FM - Segalanya Hiburan

Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk pertunjukan fesyen Victoria’s Secret bakal bermula, namun salah seorang dari model mereka iaitu Gigi Hadid tidak dapat berjalan untuk pertunjukan itu.

Visa Gigi Hadid ke China tidak diluluskan berikutan dia pernah membuat satu video kontroversi yang ‘mengajuk’ wajah orang Asia pada bulan Februari lalu.

Disebabkan video itu, ramai orang Asia yang marah terutamanya rakyat dari negara China.

screen-shot-2017-11-17-at-2-04-52-pm

Tahun ini pertunjukan fesyen jenama pakaian dalam terkenal itu bakal berlangsung di Shanghai buat pertama kali.

Bukan sahaja Gigi Hadid, dikhabarkan beberapa model lain juga turut diharamkan ke sana kerana negara mereka mempunyai hubungan politik yang dingin.

Lebih parah apabila penyanyi yang bakal membuat persembahan di pertunjukan fesyen itu iaitu Katy Perry turut diharamkan ke negara berkenaan.

screen-shot-2017-11-17-at-2-06-22-pm

Katy dikatakan pernah memakai pakaian yang kontroversi serta memegang bendera Taiwan sewaktu membuat persembahan di China beberapa tahun lalu yang membuatkan kerajaan China berang dengannya.

berikutan pembatalan kehadiran mereka ke pertunjukan fesyen itu, Gigi Hadid telah mengemaskini status Twitternya memberitahu bahawa dia tidak akan menyertai pertunjukan fesyen berkenaan.

screen-shot-2017-11-17-at-2-03-27-pm

Nampak gayanya tahun hadapan Victoria’s Scret perlu lebih berhati-hati memilih lokasi untuk melakukan pertunjukan fesyen supaya tiada modelnya yang akan diharamkan daripada menjejakkan kaki ke negara berkenaan.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!