72847

Hero Tak Bertanggungjawab Tu Juga Yang Korang Simpan Dalam Industri – Jihan Musa - Suria FM - Segalanya Hiburan

Nampaknya mak buyung si Jihan Musa dah naik angin gara-gara seorang aktor yang dikatakan tidak bertanggungjawab.

Menerusi status Twitter yang dikemaskini oleh pengacara Gegarvaganza itu, Jihan meluahkan tentang etika kerja dengan mengatakan walaupun dirinya sedang sarat mengandung, tetapi tetap hadir ke tempat kerja kerana memikirkan tanggungjawab.

screen-shot-2017-12-14-at-3-36-46-pm

Status Jihan itu juga ibarat menunjukkan bahawa dia sedang bengang dengan seorang hero yang dikatakan tidak bertanggungjawab dan menyebabkan kerja orang tersekat.

Biarpun tidak menyebut nama sesiapa, namun netizen beranggapan status Jihan itu ditujukan kepada Fattah Amin yang baru-baru ini telah membatalkan penampilannya di dalam program Meletop.

Disebabkan itu, peminat fanatik Fattah Amin telah mengecam Jihan dengan pelbagai kata-kata negatif walaupun Jihan tidak menulis nama sesiapa.

Pesanan SURIA kepada netizen diluar sana, kata-kata atau tulisan kita menunjukkan siapa diri kita yang sebenar. Jadi berhati-hatilah dalam mengeluarkan kata-kata. Takut makan diri sendiri dik non!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!