88556

HFMD – Bagaimana Ia Merebak & Tips Untuk Awasi Anak-Anak Anda - Suria FM - Segalanya Hiburan

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut sedang melanda negara. Banyak kes yang dilaporkan melibatkan kanak-kanak yang terkena jangkitan penyakit ini.

Menurut laporan yang dikeluarkan oelh Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, virus berkenaan ditemui mudah merebak di troli pasaraya dan juga tempat permainan kanak-kanak terbuat.

Penyakit kaki tangan dan mulut merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan jangkitan virus. Pesakit selalunya akan mengadu ulser yang banyak di dalam mulut berserta ruam di tangan dan kaki. Penyebab kepada penyakit ini adalah disebabkan 2 jenis virus iaitu virus Coxsackie dan virus enterovirus.

Virus coxsackie sangat mudah menjangkiti orang lain. Ia boleh merebak dengan cara sentuhan kepada cecair daripada mulut dan hidung pesakit yang dijangkiti virus tersebut.

Virus tersebut akan masuk ke dalam saluran limfa melalui kulit dibahagian mulut dan lapisan usus. Daripada saluran limfa itu ia akan merebak ke kalenjar limfa dan masuk ke dalam darah. Kemudian, virus akan merebak ke seluruh badan terutamanya kawasan kulit dan lapisan mulut. Disitulah, ruam penyakit kaki, tangan dan mulut akan terbentuk dan virus itu bersedia menjangkiti orang lain

Bagi mengelak daripada anak-anak anda terkena jangkitan penyakit ini, anda disarankan untuk elak daripada berkumpul di tempat yang ramai orang terutamanya di kawasan taman permainan ataupun pasaraya.

Anda juga disarankan supaya kerap memakai pembersih tangan atau ‘hand senitizer’ sebelum menyentuh anak-anak anda. Sentiasa menjaga keberishan diri dan anak-anak serta persekitaran dan memastikan anak-anak anda minum air yang mencukupi.

Ingat mencegah lebih baik dari mengubati. Sayangi anak-anak anda.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!