72192

Hilang Sabar Dengan Rita Rudaini, Aidil Zafuan Mengamuk Di Instagram? - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2017-04-18-at-10-46-04-am-3

Kemelut pertelingkahan yang melanda bekas pasangan suami isteri ini nampaknya bagai tiada kesudahan.
Terbaru Aidil Zafuan yang merupakan pemain bola sepak pasukan JDT itu telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya yang mendedahkan ‘screen shot’ perbualan diantara bekas isterinya Rita Rudaini dengan seorang netizen yang tidak didedahkan nama.

Menerusi kapsyen di gambar itu, Aidil telah meluahkan rasa tidak puas hati dan hilang sabar dengan komen yang dikeluarkan bekas isterinya itu.

 

whatsapp-image-2017-04-18-at-10-46-04-am-1

Dari apa yang kami faham, Aidil dikatakan berang dengan komen Rita yang dikatakan berbaur sindiran terhadap isterinya iaitu Zarema.

whatsapp-image-2017-04-18-at-10-46-04-am-2

Walaubagaimanapun, Rita tidak menulis nama Zarema di dalam komennya itu.

whatsapp-image-2017-04-18-at-10-46-04-am
Perang siber telah tercetus diantara kedua dua peminat selebriti ini apabila ruangan komen akaun Instagram selebriti dihujani dengan pelbagai komen yang telah menghangatkan lagi isu ini.

Kami di Suria mendoakan semoga apa jua kemelut yang melanda kedua selebriti ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik kerana kedua dua mereka mempunyai anak kecil yang harus diberikan perhatian dan contoh yang baik.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!