72464

Hot Couple In Town? - Suria FM - Segalanya Hiburan

Nama Puteri Aishah tiba-tiba menjadi panas gara-gara gambarnya bersama seorang duda berstatus VVIP iaitu Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin menjadi bualan hangat netizen.

Mana tidaknya, mereka telah ke Pulau Pinang bersama-sama menaiki kereta mewah, dan ini pastinya mengundang 1001 persoalan dan membuat ramai tertanya adakah mereka sedang bercinta?

screen-shot-2017-07-25-at-2-06-44-pm

Malah dalam satu video pendek yang dimuatnaik di akaun Instagram milik Datuk Wira SM Faisal, kedengaran seperti beliau memanggil Puteri Aishah dengan panggilan ‘sayang’, lantas perkara itu menjadi perdebatan hangat netizen.

screen-shot-2017-07-25-at-2-11-21-pm

Datuk Wira SM Faisal merupakan usahawan serta pewaris terkenal dari kumpulan NAZA manakala Puteri Aishah pula pelakon baru yang lahir dari pertandingan Dewi Remaja.

screen-shot-2017-07-25-at-2-16-23-pmNamun dikhabarkan Puteri Aishah menafikan bahawa beliau sedang bercinta dengan duda idaman Malaya itu. Katanya beliau mengenali jejaka berkenaan melalui teman baiknya yang merupakan sepupu kepada Datuk Wira SM Faisal.

screen-shot-2017-07-25-at-2-16-44-pm

Wah kalau betul pun apa salahnya, masing-masing sama-sama solo kan. Puteri Aishah juga seorang yang cantik dan bijak. Andai betul mereka bercinta pasti akan menjadi ‘Hot Couple In Town.

 

Untuk lebih banyak cerita sensasi, klik di sini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!