72712

"Hubungan Kami Masih Baik" – Erra Fazira - Suria FM - Segalanya Hiburan

Biarpun hubungan mereka dilanda gosip dasyat, namun hubungan primadona negara dan penyanyi Shahir masih baik.

Shahir yang terpalit dengan kontroversi bersama wanita bernama Mona menerima kecaman ramai. Namun Erra tidak cepat melatah dengan semua itu yang disifatkannya sebagai sepak terajang dalam dunia hiburan tanah air.

screen-shot-2017-10-24-at-6-45-12-pm

“Saya sudah dimaklumkan oleh Shahir sendiri mengenai isu itu. Selain itu, saya juga ada bertanya pandangan teman-teman dalam industri seni serta mereka yang prihatin berkaitan isu terbabit. Justeru, sedikit-sebanyak saya faham permainan dan sepak terajang dunia hiburan tanah air.

Hubungan kami masih baik dan doakan segalanya yang terbaik buat kami. Semoga yang baik juga akan bersama dengan orang yang mendoakan kebaikan itu. Saya juga tidak berhasrat untuk memberi komen panjang dan membentangkan secara terperinci mengenai hubungan saya dengan Shahir. Cukuplah saya beritahu secara ringkas.

Saya juga tidak mahu komen lebih-lebih kerana ia hanya akan memanjangkan isu yang tidak ada hala tuju itu. Saya percaya semua orang melalui gelombang hidup dan mempunya sisi cerita tersendiri. Ini adalah sebahagian cerita dalam kehidupan kita”, jelasnya.

SURIA percaya Erra sudah cukup matang dan begitu profesional dalam menangani kontroversi seperti ini. Semoga Erra terus kuat dan hidup gembira.

 

Sumber : Harian Metro

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!