72707

Idayu Paling Mega! - Suria FM - Segalanya Hiburan

AF Megastar telah pun melabuhkan tirainya di mana kita telah menyaksikan Idayu membawa pulang gelaran juara AF Megastar sekaligus menewaskan 4 lagi peserta yang lain.

Kemenangan Idayu sememangnya sudah dijangka kerana dari konsert Homecoming lagi, dia sudah mempamerkan persembahan yang cemerlang, malah Idayu adalah peserta yang paling konsisten sepanjang pertandingan berlangsung.

screen-shot-2017-10-23-at-5-24-13-pm

Pada malam konsert akhir itu, Idayu mengumpul markah sebanyak 59.9% hasil dari persembahan cemerlangnya menyampaikan dua buah lagu iaitu My All (Mariah Carey) dan lagu baru yang dicipta oleh Amylea Azizan berjudul Selamanya.

Idayu yang pernah tersingkir pada konsert keempat AF3 12 tahun yang lalu berkata, kemenangan ini ibarat mimpi yang menjadi nyata.

screen-shot-2017-10-23-at-5-24-32-pm

“Ini adalah trofi kemenangan saya yang pertama semur hidup. Saya tidak pernah memenangi piala sebelum ini. Alhamdulillah penantian saya selama 12 tahun ini berbaloi”, jelasnya.

Tambah Idayu lagi, dia tidak mahu menoleh ke belakang lagi dan bercadang mahu terus mengorak langkah dalam industri seni.

screen-shot-2017-10-23-at-5-28-15-pm

“Banyak lagi yang saya mahu lakukan sebagai penyanyi. Saya mahu menyertai pelbagai lagi pertandingan yang lebih besar seperti Anugerah Juara Lagu dan sebagainya.

“Saya juga mahu melancarkan semula album saya dan menerbitkan lagu baru yang sesuai dengan jiwa saya”, jelasnya

screen-shot-2017-10-23-at-5-29-10-pm

Ditanya adakah dia akan menguruskan badan untuk menjadikan dirinya sebagai seorang penyanyi yang lengkap dengan pakej, katanya, dia tidak mahu menjadi terlalu kurus.

“Sejujurnya, saya tidak mahu menjadi kurus kerana nada suara saya akan berubah jika berat badan saya turun. Saya sayangkan suara dan nada saya. Tapi saya akan cuba untuk dapatkan berat badan yang ideal”, luahnya.

Sebagai juara, Idayu membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000, pakej percutian 10 hari 7 malam ke Turkey serta sebuah trofi.

Tahniah dan selamat kembali semula dalam industri. Semoga Idayu terus kekal memarnai industri seni tanah air.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!