72693

Idayu Sebak Terima 'Standing Ovation' Dari Dato Ramli MS - Suria FM - Segalanya Hiburan

Jika anda menonton AF Megastar minggu lalu, pasti anda dapat saksikan juri tetap paling digeruni siapa lagi kalau bukan Dato Ramli MS atau Tok Ram telah memberikan ‘standing ovation’ kepada Idayu.

Tok Ram telah memberikan ‘standing ovation’ untuk persembahan Idayu yang menyanyi secara duet bersama Azharina menyampaikan lagu Kerna Ku Sanggup.

View this post on Instagram

Tq so much LOVe utk moment indah ini ❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️ walaupun masa kita singkat nk praktis lagu ni, tp u banyak mengajar i ! I hargai sangat my dear 🙏🏻🙏🏻🙏🏻🙏🏻🙏🏻🙏🏻🙏🏻🙏🏻🙏🏻🙏🏻🙏🏻🙏🏻🙏🏻 TQ sudi berduet dgn i, next project together!!! Ada berani!! 😍😍😍😍😍😘😘😘😘#Repost @azharina_a (@get_repost) ・・・ Syukor Alhamdulilah nina dihubungi @idayuaf3official dan di beri peluang untuk berduet dengan satu Insan yang nina Tahu mempunyai bakat besar dan melalui apa yang pernah nina Lalui sebelum ini. Kami di beri peluang kedua dalam kehidupan dan Kami Tahu apa yang Kami mahu. Sangat Sukar tuk nina memuji seorang penyanyi tapi Idayu you Are the one. I had so much fun working with you , and you believe me you fulfill my dream and satisfaction singing with you. Call me old fashion but you are an amazing singer . I know you will be the winner .. thank you for the opportunity darling 🙏🏻😘❤️ Alhamdulilah syukor #azharinaazhar #azharinaangels #idayuwhistlers #idayuaf3

A post shared by Idayuafmegastar (@idayuofficial) on

Ramai yang terkejut dengan tindakan maestro muzik itu kerana beliau dikenali dengan sifat yang sangat serius dan sukar untuk memberikan penghargaan yang sebegini rupa kepada mana-mana penyanyi.

Malah ini adalah kali pertama Tok Ram memberikan ‘standing ovation’ kepada penyanyi yang membuat persembahan dalam sejarah karier muziknya.

Ini bermakna Idayu telah memberikan persembahan yang maha hebat sehingga mampu membuatkan seorang Ramli MS berdiri dari kerusinya.

screen-shot-2017-10-17-at-10-36-15-am

Idayu sewaktu diminta untuk mengulas tentang tindakan Dato Ramli memberi ‘standing ovation’ berkata dirinya bagaikan berada di awang-awangan saat diberi penghormatan sebegitu oleh Tok Ram.

Ketika menceritakan tentang perasaannya itu, Idayu sempat sebak dan mengalirkan air mata kerana terharu diatas penghargaan itu.

Pada malam itu Idayu telah menyampaikan dua buah lagu iaitu Segala Perasaan dari Dato Siti Nurhaliza dan sebuah lagu duet bersama Azharina iaitu Kerna Ku Sanggup dari Agnes Monica. Lebih manis apabila Idayu turut memenangi ‘Star Of The Week’ buat pertama kali.

Selamat berjuang dan semoga berjaya di peringkat akhir.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!