72733

Idea Nasi Lemak Dikritik, Lihat Dua Lagi Kostum Unik Yang Menang Kostum Terbaik - Suria FM - Segalanya Hiburan

Semalam, Miss Universe Malaysia Organisation telah memperkenalkan National Costume atau pakaian kebangsaan serta gaun petang yang bakal digayakan oleh Miss Universe Malaysia 2017 iaitu Samantha Khaty James pada 26 November ini di Las Vegas.

Jika tahun lepas kostum yang berbentuk KLCC menjadi bualan netizen, tahun ini sekali lagi kostum kebangsaan menjadi bualan hangat netizen.

screen-shot-2017-11-01-at-1-30-45-pm

Tahun ini, makanan kegemaran rakyat Malaysia iaitu Nasi Lemak telah menjadi ilham buat pereka fesyen Brian Khoo untuk diterjemahkan sebagai kostum kebangsaan Malaysia.

nasi-lemak-national-costume-hair-by-shawn-cutler-makeup-by-lancome-paris-1

Kostum Nasi Lemak ini mengambil masa selama 400 jam untuk disiapkan. Jika diteliti pada bahagian perincian, semua elemen Nasi Lemak ada kostum itu seperti nasi, telur mata, timun, ikan bilis serta sambal. Tidak ketinggalan daun pisang yang dipakai di bahagian belakang.

23130676_1919239285056537_388256497160410900_n

Sejurus selepas gambar kostum itu menular di media sosial, netizen telah memberikan pelbagai reaksi. Ada yang memuji malah ada juga yang mengeji.

Bagi anda yang tidak selalu mengikuti pertandingan Miss Universe, pusingan National Costume adalah acara wajib yang dipertandingan setiap tahun. Setiap negara akan sedaya upaya membawa kelainan serta kunikan dalam mempersembahkan kostum masing-masing.

Negara Thailand misalnya pernah memakai kostum yang berupa tuk-tuk iaitu kenderaan yang popular di Thailand.

7e994030-89af-0133-d209-0eeaff8600d1

Malah ada salah seorang peserta ratu cantik Thailand yang pernah memakai kostum yang berbentuk buah durian.

 

screen-shot-2017-11-01-at-1-37-44-pm

Pada majlis sidang media itu juga turut didedahkan gaun petang yang akan dipakai Samantha yang turut direka oleh Brian Khoo.

evening-gown-hair-by-shawn-cutler-makeup-by-lancome-paris-1-1

SURIA ingin mengucapkan selamat bertanding dan semoga berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas Miss Universe

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!