72476

Ika Nabila Diserang Di KLIA 2 - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon dan bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam, Ika Nabella telah diserang di KLIA 2 oleh seorang wanita yang dikenali sebagai ‘Mak Cik Tudung Maroon’.

Insiden itu tercetus gara-gara Ika dikatakan melanggar wanita yang agak berusia berkenaan sewaktu menaiki eskalator.
screen-shot-2017-07-28-at-3-02-03-pm

Menurut Ika, sewaktu kejadian berlaku, wanita berkenaan dengan seorang lagi rakannya menghalangi laluan eskalator berkenaan.

Ika sempat meminta izin kepada wanita berkenaan supaya diberikan laluan, namun permintaannya itu tidak diendahkan membuatkan Ika terpaksa lalu ditengah-tengah.

screen-shot-2017-07-28-at-3-09-02-pm

Berang dengan tindakan Ika, wanita berkenaan telah memaki hamunnya. Wanita itu juga menuntut Ika memohon maaf kepadanya sambil mengeluarkan kata-kata kesat dengan nada tinggi.

Tidak hanya habis sampai disitu, wanita berkenaan sekali lagi menyerangnya di tempat pemeriksaan imegresen.

screen-shot-2017-07-28-at-3-10-55-pm

Menurut Ika, wanita berkenaan terus meluru kearahnya sambil menjerit perkataan yang tidak sepatutnya sambil menunjukkan isyarat lucah (jari tengah).

Amarah wanita berkenaan tidak bernoktah disitu. Malah laman sosial milik Ika juga turut diserangnya. Dia turut mengugut untuk menyebarkan tentang insiden itu dengan tujuan memalukan aktres berkenaan.

screen-shot-2017-07-28-at-2-38-41-pmscreen-shot-2017-07-28-at-2-38-53-pmscreen-shot-2017-07-28-at-2-39-08-pmNamun Ika lebih bijak, apabila perkara itu didedahkannya terlebih dahulu sebelum wanita itu memulakan langkahnya.

screen-shot-2017-07-28-at-2-39-34-pmscreen-shot-2017-07-28-at-2-40-06-pm

Ika juga turut meminta wanita berkenaan supaya melihat kembali rakaman kamera litar tertutup (CCTV) seandainya betul dirinya bersalah.

Pendedahan Ika itu telah mendapat respon dari netizen yang rata-ratanya mengecam tindakan wanita berkenaan yang tidak mencerminkan peribadi wanita muslimah yang berhijab.

screen-shot-2017-07-28-at-2-40-26-pm

Semoga masalah ini dapat menemui jalan penyelesaian yang terbaik. Hormat menghormati kan amalan orang timur tambah-tambah orang Melayu. Tak gitu?

 

Untuk lebih banyak cerita sensasi, klik di sini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!