89383

‘Imam Mahadi’ Ugut Ada Bom Di Sri Pentas - Suria FM - Segalanya Hiburan
PETALING JAYA 28 OGOS 2018. Anggota polis membenarkan kakitangan Media Prima masuk ke Bangunan Seri Pentas Bandar Utama TV3 selepas disahkan selamat daripada ancaman bom. NSTP/SYARAFIQ ABD SAMAD

Semalam gempar apabila Sri Pentas Bandar Utama dikejutkan dengan ugutan bom oleh seorang individu yang menggelarkan dirinya sebagai Imam Mahadi.

Namun polis mengesahkan panggilan ancaman bom yang diterima di Sri Pentas semalam adalah palsu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata polis yang menerima laporan kejadian pada jam 10.12 malam bergegas ke lokasi sebelum mengarahkan semua kakitangan Media Prima mengosongkan bangunan.

Katanya, panggilan berkenaan diterima daripada seorang lelaki yang mendakwa ada bom di dalam bangunan berkenaan.

“Selepas kakitangan dipindahkan ke tempat selamat, pasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Unit Anjing Pengesan (K9) melakukan pemeriksaan di keseluruhan kawasan bangunan.

“Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati tiada sebarang objek meragukan ditemui dan selepas keadaan disahkan selamat, semua kakitangan dibenarkan masuk semula ke dalam bangunan kira-kira jam 1.30 pagi,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Mohd Zani berkata, polis masih meneruskan siasatan untuk mengesan individu yang membuat panggilan palsu terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah.

Sumber : Berita Harian

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!