72264

"Ini Pengalaman Terbaik Saya Menaiki GRAB" – Nina Qistina - Suria FM - Segalanya Hiburan

Baru-baru ini tular di media sosial apabila seorang gadis memuat naik status serta foto di twitter miliknya mengenai perkhidmatan Grab yang ditawarkan oleh seorang lelaki bernama Abu Talib.

img_20170510_125549

Menerusi gambar yang di muat naik, terdapat pelbagai jenis makanan ringan di dalam kereta Encik Abu Talib yang ditawarkan secara percuma kepada pelanggan yang menaiki keretanya.

unnamed-1

Kebanyakan netizen begitu teruja melihat perkhidmatan yang ditawarkan Encik Abu Talib sehingga gambar itu di retweet sebanyak lebih dari 53,000 kali.

screen-shot-2017-05-11-at-12-02-10-pm

Suria berkesempatan menemubual gadis yang menjadi pelanggan Encik Abu Talib yang juga merupakan orang yang berkongsi foto-foto yang kini menjadi tular

screen-shot-2017-05-11-at-3-22-17-pm

Menurut Nina Qistina, gadis yang berusia 18 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur ini, dia sering menggunakan perkhidmatan Grab untuk pergi ke kolejnya setiap hari. dan kebetulan pada hari itu dia bertuah mendapat perkhidmatan Grab dari Encik Abu Talib.

“Dari luar memang tak nampak ada gula-gula tu semua, bila masuk saja kereta tu memang meriah! Encik Abu juga menyambut saya dengan baik.” Jelas Nina.

Katanya lagi, Encik Abu juga tidak kedekut untuk menggunakan lebuh raya seperti sesetengah pemandu Grab yang lain yang sanggup meredah kesesakan lalu lintas.

“ Kadang-kadang ada pemandu Grab yang menghubunginya untuk membatalkan tempahan akibat kesesakan jalan raya seperti yang baru dilalui teman saya semalam. Tetapi Encik Abu tetap menghubungi Nina dan minta untuk menggunya sehingga sampai”.

Encik Abu juga disifatkan Nina sebagai seorang yang peramah dan bukan jenis yang menjaga tepi kain orang.

Apa yang lebih menarik lagi, pelanggan yang menaiki kereta Encik Abu boleh memilih sendiri saluran radio yang digemari serta boleh meminjam tempat pengecas telefon bimbit.

unnamed

Nina juga turut menjelaskan bahawa ini adalah pengalaman terbaiknya sepanjang menggunakan perkhidmatan Grab dan berharap semoga ada lebih ramai lagi pemandu Grab yang menawarkan perkhidmatan seperti Encik Abu.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!