72483

"Ini Semua Balasan Atas Semua Dosa Saya Terhadap Isteri Saya." – Aliff Aziz - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2017-07-31-at-4-03-44-pm

Penyanyi dan pelakon dari Singapura Aliff Aziz yang menjadi tular baru-baru ini gara-gara kes curangnya dan perlakuan kasar terhadap isterinya Bella Astillah, telah membuat pengakuan berani di sebuah sidang media khas di Shah Alam petang ini.

“Saya mengaku saya melakukan kesalahan dan saya meminta maaf kepada semua pihak. Khasnya isteri saya, keluarga isteri saya, keluarga saya dan juga peminat-peminat saya sendiri,” jelas Aliff tika membuat pengakuan kepada media di Roof Garden Hotel, Bukit Jelutong.

Aliff juga mengaku dan mengatakan semua yang terjadi ini adalah balasan terhadap kesalahan serta dosa yang pernah dia lakukan kepada isterinya.

Selain itu, Aliff juga meminta pihak media supaya janganlah menyalahkan keluarganya atau berkecil hati sekiranya ahli keluarganya enggan memberikan sebarang kenyataan mengenai kesnya ini.

“Janganlah salahkan ahli keluarga saya jika mereka tidak mahu memberikan sebarang kenyataan kerana mereka sendiri memberitahu saya bahawa semua ini, adalah masalah rumahtangga saya sendiri, jadi saya yang harus bertanggungjawab,” sambung Aliff lagi yang juga merupakan abang kepada penyanyi Aisyah Aziz.

whatsapp-image-2017-07-31-at-4-08-12-pm

Aliff juga memberitahu dia berasa kesal dengan sesetengah pihak yang mengeluarkan berita memburuk-burukkan isterinya melalui sebuah artikel yang kononnya ada bukti tentang keburukan isteri saya.

“Siapakah orang ini dalam kesemua hal ini? Dia bukan ahli keluarga saya dan tidak ada kena-mengena sama sekali dalam cerita ini. Dia tidak patut cuba untuk membuka aib isteri saya dengan menyebarkan perbualan dengan isteri saya yang kononnya ingin dijadikan bukti untuk menunjukkan keburukan isteri saya,” tambah Aliff lagi.

Biarpun Aliff sudah mengaku bahawa dia berada di pihak yang salah dia turut menyatakan bahawa bukan dia sahaja yang salah dalam hal ini.

“Saya harap pihak satu lagi juga akan tampil untuk membuat penjelasan ataupun pengakuan. Saya tahu yang saya tidak boleh memaksa pihak tersebut atau keluarganya untuk tampil ke hadapan tapi saya rasa lebih baik dia memperjelaskan keadaan ini. Lagipun hanya pihak tersebut dan saya sahaja yang tahu perkara sebenar yang terjadi,” ujar Aliff kala disuruh komen tentang pihak ketiga yang dilaporkan seperti cuba merosakkan rumahtangganya bersama Bella Astilah.

“Memang saya bersalah dalam hal ini tapi bukan saya seorang. Pokok tak akan bergoyang kalau angin tidak bertiup,” tambah Aliff lagi.

whatsapp-image-2017-07-31-at-4-14-31-pm

Malah Aliff turut memberitahu bahawa sebelum semua ini terjadi, dia bersama pelakon utama yang bergandingan dengannya untuk drama yang sedang mereka hasilkan ini memberitahu bahawa dia ada reputasi untuk dijaga.

“Sebelum tragedi ini berlaku, pelakon wanita tersebut pernah mengatakan yang dia harus menjaga reputasinya. Tapi saya memberitahu dia saya juga harus lakukan perkara yang sama. Malah reputasi saya lebih besar untuk dijaga, apatah lagi dengan beberapa kes masa lampau saya yang pernah mencalarkan reputasi saya seketika,” katanya.

Sungguhpun begitu pihak media menghormati Aliff kerana berani tampil untuk meminta maaf dan mengaku akan kesilapannya terhadap isterinya.

Aliff membuat pengakuan ini bersama-sama dengan isterinya Bella Astillah yang turut ditemani adiknya, penyanyi Didi Astillah di hadapan beberapa ahli media petang tadi.

Aapa pun Suria juga menghormati Aliff atas tindakan beraninya ini untuk mengaku kesalahannya terhadap isterinya dan kami mendoakan yang terbaik untuk Aliff dan keluarganya!

 

Untuk lebih banyak berita sensasi klik di sini

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!