72238

Iqram Dinzly Pergi Ke Kelab Malam Untuk Merapatkan Hubungan Sesama Manusia. - Suria FM - Segalanya Hiburan
whatsapp-image-2017-05-02-at-4-08-16-pm-1
Gambar ihsan Instagram Iqram Dinzly

Nama pelakon Iqram Dinzly agak panas sejak akhir-akhir ini. Belum pun reda isu salah meletakkan kereta, timbul pula isu dia ke kelab malam dengan berserban di kepala.

Iqram yang kini tinggal di Pulau Langkawi itu dikatakan telah ke kelab malam untuk bertemu dengan temannya.

Namun penampilan iqram yang kini berserban itu kurang disenangi mata-mata yang memerhati kerana dikatakan kurang sesuai.

Akan tetapi, Iqram ada alasan tersendiri kenapa dia pergi ke kelab malam dengan penampilan sebegitu.

Jelas iqram yang kini mengusahakan sebuah restoran di Langkawi itu, dia berkunjung ke kelab malam itu adalah untuk bertemu dengan rakan-rakannya dan pada masa yang sama dia gemar mendengar lagu serta muzik yang di mainkan kelab malam berkenaan.

Menurut Iqram lagi tujuan dia pergi ke kelab malam bukanlah untuk berseronok tetapi ingin melihat suasana dan merapatkan hubungan sesama manusia.

whatsapp-image-2017-05-02-at-4-08-16-pm

Iqram turut mempertikaikan masyarakat yang memandang serong terhadapnya yang memakai serban ke kelab malam, sedangkan ramai lagi orang yang minum minuman keras tidak diendahkan. .

Jelas Iqram lagi, tujuan dia memakai serban bukanlah kerana mahu kelihatan seperti orang yang alim agama.

Cuaca di Langkawi yang agak panas di siang hari dan begitu sejuk pada malamnya membuatkan Iqram berasa selesa mengenakan serban dan memberikan semangat yang lain macam.

Berserban juga memudahkan Iqram untuk menutup rambutnya dengan kemas tanpa perlu berhabis masa mendandan rambut, jelasnya lagi.

Kami di suria mendoakan semoga perniagaan restoran yang diusahakan Iqram berjaya dan semoga Iqram terus bergiat aktif di dalam bidang seni.

Sumber : Utusan

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!