89329

“Itu Bukan Foto Saya” – Jokowi - Suria FM - Segalanya Hiburan

Beberapa hari lalu tular di media sosial gambar seorang pemuda yang bergaya ala peminat ‘punk’ yang dikatakan Presiden Indonesia Jokowi sewaktu zaman mudanya.

Gambar itu pantas menjadi berita di pelbagai blog dan portal serantau tidak terkecuali di Malaysia.

Namun Jokowi telah tampil memberi penjelasan dan pengesahan di laman Facebook bahawa jejaka di dalam gambar itu bukan dirinya.

Kata Jokowi, beliau sendiri tidak tahu siapa yang memulakan penularan gambar yang dikatakan dirinya sewaktu zaman muda itu.

Beliau juga telah memastikan bahawa gambar itu bukan dirinya dan berkata dirinya tidak sekacak itu sewaktu zaman mudanya.

Tambah beliau lagi, sewaktu zaman mudanya, beliau lebih gemar ke gunung dan berjalan di dalam hutan bersama rakan-rakannya.

Nampaknya jutaan orang telah tertipu dengan gambar yang dikatakan Presiden Indonesia itu. Tapi memang seiras kan?

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!