72780

Izara Aishah Dapat Hadiah Kereta Mewah Dari Bakal Abang Ipar - Suria FM - Segalanya Hiburan

Bakal mendirikan rumahtangga pada November ini, pelakon popular Izara Aishah menerima hadiah perkahwinan mewah dari bakal abang iparnya.

Izara dan bakal suaminya iaitu Adib Khalid telah menerima sebuah kereta mewah keluaran Roll Royce berwarna hitam dari abang Adib iaitu Anas.

Video bakal pengantin itu menerima hadiah berkenaan menjadi tular di media sosial sehingga menjadi bualan netizen.

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Izara kerana menerima hadiah mewah untuk perkahwinannya dengan Adib. Namun ada juga yang mengecam.

screen-shot-2017-11-16-at-5-17-58-pm

SURIA juga ingin ucapkan tahniah kepada pasangan sama cantik sama padan ini. Tak sabar nak tengok kejelitaan Izara di hari bahagianya.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!