72819

Izreen Yang Kahwin, Rita Yang Kena Serang - Suria FM - Segalanya Hiburan

Hujung minggu lalu kecoh sebentar apabila aktres, Izreen Azminda dilaporkan sudah berkahwin dengan seorang pemuzik yang dikenali sebagai Ude.

Izreen kemudian menjadi buah mulut orang ramai apabila Izreen dikecam sebagai perampas kebahagiaan wanita lain kerana dia merupakan isteri kedua.

screen-shot-2017-12-04-at-10-45-03-am

Disebabkan perkara itu, tempiasnya turut terkena kepada teman baik Izreen iaitu Rita Rudaini.

Netizen menghentam Rita kerana dikatakan tidak menasihati rakan baiknya itu daripada menjadi perampas kebahagian orang lain.

screen-shot-2017-12-04-at-10-50-08-am

“Tolong jangan menyerang saya di laman sosial kerana perkahwinan dia. Saya tidak masuk campur dalam keputusan Izreen yang memilih jalan untuk berkahwin dengan suami orang.

Saya pun ada beri nasihat, jangan merampas hak orang lain, tetapi dalam keadaan sekarang Izreen bermadu, dia tidak merampas suami orang.

“Jika dia dapat menjalani tanggungjawab sebagai isteri dengan baik, kita sendri tidak perlulah mengutuk atau menghamun beliau kerana itu adalah jodoh yang telah tersurat buat dirinya”, jelas Rita.

Rita turut menasihati Izreen agar sentiasa bertanggungjawab menjalani tugas sebagai isteri kedua dan sentiasa cuba untuk menjaga hati isteri pertama Ude.

Sumber : Astro Awani

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!