72172

"Jahatnya Perangai Buat Orang Macam Ini" – King Coco Dikecam Hebat Gara-Gara….. - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pasti ramai yang sudah mengenali tentang wanita yang pernah mencetuskan kontroversi sebelum ini dengan memuat naik video percakapannya yang seperti mat saleh di media sosial sehingga ia menjadi tular iaitu King Coco.

c6x9kiau0aapiou

Sebelum ini kisah King Coco pernah mendapat perhatian ramai apabila beliau dikatakan menjadi punca keretakan rumah tangga seorang wanita yang dikenali sebagai Zura bersama Azrin yang kini sudah pun menjadi suami kepada King Coco.

screenshot2017-01-05at7-53-23pm

Tidak cukup dengan itu, kali ini namanya sekali lagi menjadi sebutan ramai apabila beliau didakwa telah menipu wang orang ramai dengan menjual telefon bimbit pintar selain membuat review perniagaan peniaga lain di akaun Instagram miliknya.

Disebabkan hal itu, ada beberapa akaun Instagram telah dibuat demi untuk mendapatkan kembali wang yang telah diambil oleh King Coco.

coco

Apa yang lebih membuatkan mereka berang apabila terdapat satu artikel yang dikeluarkan oleh sebuah portal yang mengesahkan King Coco menjana pendapatan hampir RM20,000 sebulan.

Dibawah adalah antara screen shot yang sempat diambil dari sebuah akuan Instagram:

coco_1coco_2coco_3coco_4coco_5

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!