85161

Jangan Hakimi Saya Jika Anda Tidak Pernah Laluinya – Ziana Zain - Suria FM - Segalanya Hiburan

Rasanya satu Malaysia sudah tahu tentang kisah Ziana Zain yang telah membuat laporan polis terhadap suaminya yang didakwa telah memukul anak mereka sehingga menyebabkan kecederaan.

Ramai netizen yang membuat spekulasi tentang kes ini sehingga ada yang sanggup menuduh Ziana Zain sanggup membuka aib suami sendiri.

Namun ramai juga yang menasihati Ziana dan memberikan kata-kata semangat supaya penyanyi yang popular dengan lagu Kemelut Di Muara Kasih itu kuat menghadapi dugaan yang sedang melanda dirinya.

Terbaru melalui kemaskini akaun Instagram milik Ziana, beliau telah memuatnaik satu petikan ayat yang berbunyi seperti ini ;

whatsapp-image-2018-03-07-at-3-22-47-pm

Ayat dalam bahasa Inggeris itu bermaksud “Jangan Hakimi Jalan Saya Jika Anda Tidak Berjalan Perjalanan Saya”.

Agaknya kerana sering dituduh dengan perkara yang tidak benar sehingga membuatkan Ziana Zain memuatnaik status seperti itu.

Di ruangan komen ramai pengikut Ziana memberikan kata-kata semangat supaya Ziana tidak menghiraukan segala kata-kata negatif yang dilemparkan kepadanya.

Rakan-rakan selebriti juga tidak terlepas untuk memberikan kata-kata semangat kepada Ziana Zain. Semoga Ziana terus kuat dan dapat menyelesaikan masalah yang sedang melanda dirinya.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!