72118

Jenazah Allahyarham Johan Nawawi Selamat Dikebumikan - Suria FM - Segalanya Hiburan

johan

Industri muzik Malaysia kehilangan sebutir lagi bintang berbakat. Pagi ini, berita mengenai pemergian komposer tersohor Johan Nawawi memenuhi ruang media tempatan.

Allahyarham yang juga merupakan suami kepada penyanyi terkenal Nora Ariffin, menghembuskan nafasnya yang terakhir di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya pagi Jumaat.

Menurut salah seorang teman rapat Allahyarham, saudara Kamal Ishak, beliau mula berasa demam pada hari Khamis dan kemudian minta dimasukkan ke hospital.

“Seolah-olah dia sudah tahu bakal dipanggil Yang Maha Kuasa. Biasanya orang yang demam akan ke klinik sahaja tapi dia memberitahu yang dia berasa ada sesuatu yang tak kena dan diminta dimasukkan ke hospital. Allahyarham diwadkan di hospital sekitar tengah malam dan kemudian meninggal dunia sesudah waktu solat subuh pada hari Jumaat 24 Mac,” jelas Kamal.

Jenazah telah dimandikan dan dikafankan di Masjid Kampung Tunku berdekatan kediaman beliau dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara sesudah solat Jumaat.

Sepanjang hidupnya, beliau telah menghasilkan banyak lagu-lagu hebat seperti Jentayu, Hanya Satu dan Desa Tercinta. Beliau juga merupakan penulis lagu Sinaran yang masih popular sehingga kini di Malaysia, Indonesia dan juga Singapura.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!