72559

Joy Revfa Maafkan Mereka yang Menggelarnya 'Pelacur' - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2017-08-25-at-11-04-33-am

Kes Hafiz Hamidun dan Joy Revfa ibarat permainan piring terbang. Masing-masing saling menghentam antara satu sama lain.

Terbaru, Joy telah meluahkan perasaannya di Instagram tentang kemelut yang berlaku.

Apa yang menjadi perhatian apabila Joy menyatakan ada sesetengah individu yang menggelar dirinya sebagai pelacur.

whatsapp-image-2017-08-25-at-9-25-01-am

Bukan it sahaja, malah anaknya dituduh sebagai anak Haram.

Kenapa sampai begitu sekali tuduhan yang dilemparkan kepada Joy? Dimana adab kita sebagai orang timur terutamanya beragama Islam.

Kemelut yang melanda Joy dan Hafiz memang jarang kita dengar malah mungkin hampir tiada yang pernah berlaku di dalam industri hiburan tanah air.

whatsapp-image-2017-08-25-at-9-25-14-am

Kes ini telah pun dibawa ke mahkamah. Biarlah pihak yang lebih arif tentang hukum agama dan hal ehwal perkahwinan dan penceraian yang menentukannya.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!