72728

Juri Berpuas Hati Dengan Konsert Pertama Gegarvaganza 4 - Suria FM - Segalanya Hiburan

Semalam kita telah menyaksikan konsert pertama program realiti nombor 1 Malaysia iaitu Gegarvaganza musim keempat.

Tidak dapat dinafikan masing-masing telah menunjukkan kehebatan masing-masing membawakan lagu-lagu popular mereka sendiri.

Antara yang paling mendapat perhatian adalah penyanyi senior Aishah yang memukau penonton dengan lagu hits beliau Janji Manismu.

screen-shot-2017-10-30-at-3-49-45-pm

Persembahan Aishah telah mendapat sorakan dan tepukan gemuruh dari penonton sehingga mereka memberikan ‘standing ovation’ sejurus Aishah tamat membuat persembahan.

Lebih membanggakan apabila Aishah mendapat markah juri yang paling tinggi iaitu sebanyak 96 peratus.

Sewaktu sidang media selepas konsert berakhir, juri profesional telah memberikan pujian kepada setiap peserta yang bertanding.

screen-shot-2017-10-30-at-4-11-29-pm

“Fantastic! mereka layak menerima layanan seni peringkat global. Mereka telah memberikan persembahan yang berkualiti”, kata Dato’ Ramli MS.

Juri tetap terbaru untuk musim ini, Hetty Koes Endang pula berasa kagum dengan program Gegarvanga sehingga dia sanggup menerima tawaran menjadi juri di Malaysia walaupun sibuk dengan aktiviti seninya di Indonesia.

“Saya sangat kagum dan bangga kerana dengan adanya Gegarvaganza ini yang menampilkan peserta-peserta yang berkualiti. Semoga penonton dirumah tidak tukar siaran lain setiap hari Minggu. Itu yang saya harapkan. Malam ini semuanya sangat bagus!” kata Hetty.

screen-shot-2017-10-30-at-4-01-52-pm

Turut menggamatkan suasana pada malam konsert itu tentunya gelagat pasangan pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse yang sering mengundang tawa penonton dengan telatah lucu dari mereka. Tidak ketinggalan Dato Seri Vida yang menjadi penaja utama untuk Gegarvaganza 4. Memang kecoh jadinya!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!