72471

Kajol Temui Peminat Di Kuala Lumpur - Suria FM - Segalanya Hiburan

Selepas Kareena Kapoor membuat kemunculan istimewa di Kuala Lumpur beberapa minggu lepas, kini tiba giliran seorang lagi superstar Bollywood iaitu Kajol turun ke ibu negara.

Kajol berada di Kuala Lumpur untuk mempromosikan filem Tamil pertama lakonannya iaitu Velai Illa Pattadhari.

screen-shot-2017-07-27-at-11-15-20-am

Bintang utama Kuch Kuch Hota Hai itu dikhabarkan akan membuat kemunculan di pentas utama di hadapan Jakel Mall, Jalan Masjid India pada pukul 6 petang ini.

Ribuan peminat filem Tamil dan Bollywood dijangka akan membanjiri perkarangan pentas utama untuk melihat bintang kesayangan mereka dengan lebih dekat.

screen-shot-2017-07-27-at-11-14-31-am

Diharap tiada kejadian yang tidak diigini berlaku seperti insiden yang pernah berlaku sewaktu kedatangan Kareena Kapoor yang menyaksikan rempuhan dari peminat yang terlalu taksub dengan idola mereka.

 

Untuk lebih banyak cerita sensasi, klik di sini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!