72714

Kamal Adli Dimaki Pelakon Wanita - Suria FM - Segalanya Hiburan

Dunia hiburan tanah air sekali lagi dihujani dengan kontroversi. Kali ini melibatkan Kamal Adli dengan seorang pelakon wanita yang pernah bergandingan dengannya dalam drama.

Pelakon wanita itu telah mendedahkan perbualannya bersama Kamal menerusi aplikasi Whatsapp di akaun Instagramnya.

Dalam perbualan yang panjang lebar itu, kelihatan pelakon wanita itu sempat memaki Kamal dengan kata-kata kesat.

screen-shot-2017-10-25-at-11-17-31-am

Perbalahan diantara mereka dipercayai berlaku apabila pelakon wanita berkenaan dikatakan tidak puas hati apabila Kamal memetik namanya dan cuba mengheretnya di dalam masalah hubungan Kamal dan Emma Maembong.

Berang dengan tindakan Kamal, wanita itu bertindak mendedahkan perbualan mesej mereka di media sosial. WOW!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!