72437

Kecoh Mr Bean Dikatakan Meninggal Dunia - Suria FM - Segalanya Hiburan

Dunia hiburan antarabangsa kecoh sebentar apabila pelakon dan pelawak terkenal Rowan Atkinson ataupun lebih dikenali sebagai Mr Bean dikatakan meninggal dunia dalam satu nahas jalan raya.

Namun berita itu adalah palsu semata-mata. Fox News dari Amerika Syarikat dituduh menyebarkan berita palsu itu di Twitter.

Tetapi itu adalah taktik individu yang tidak bertanggungjawab dengan menjadikan Mr Bean dan Fox News sebagai mangsa penipuan mereka.

screen-shot-2017-07-14-at-3-25-44-pm

Kenyataan di Twitter itu berbunyi ; “FOX BREAKING NEWS : Mr Bean (Rowan Atkinson) 58 meninggal dalam kemalangan.

Walaupun telah menulis umur yang salah, kerana usia sebenar Rowan adalah 62, tetapi tweet berkenaan telah dikongsi lebih dari 300,000 kali.

Kami di Suria berharap para netizens juga tidak akan menyebarkan sebarang berita tanpa mengesahkan kebenarannya, apatah lagi jika ia membabitkan reputasi seseorang. Ingat, jangan sebarkan fitnah.

 

untuk lebih banyak cerita sensasi, klik di sini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!