72331

Kejadian Cabul Cuma Salah Faham? - Suria FM - Segalanya Hiburan

Baru-baru ini negara dikejutkan dengan kes pukul sampai mati, melibatkan seorang lelaki yang dikatakan cuba mencabul seorang wanita di dalam tandas awam.

Akibat dari tindakannya itu, dia telah dipukul oleh seorang wanita bersama empat orang lelaki sehingga koma dan akhirnya disahkan meninggal dunia.

screen-shot-2017-06-02-at-4-06-04-pm

Namun, ramai yang mepertikaikan tindakan mereka memukul lelaki tersebut sehingga menyebabkan kematian.

Menurut komen-komen yang ditinggalkan oleh rakan arwah, dia sebenarnya dikatakan terpaksa masuk ke tandas wanita kerana tidak tahan mahu membuang air besar. Gadis berkenaan yang turut berada di dalam di dalam tandas terkejut dan menjerit meminta tolong mengatakan dia dicabul.

18767491_10154495266300846_1466186871287318533_n

Salah seorang rakan arwah dalam status yang dimuatnaik di Facebook pula berkata, arwah seorang yang sangat pemalu dengan wanita.

Adik serta Ibu Arwah.
Adik serta Ibu Arwah.

Ibu arwah juga meluahkan rasa kecewa kerana orang ramai sepatutnya membawa anaknya ke balai polis berbanding memukul anaknya sehingga menyebabkan kematian.

Apabila perkara sebegini terjadi, ramai netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap nasib yang menimpa arwah.

screen-shot-2017-06-02-at-2-27-15-pm

Adik perempuan serta ibu arwah.

Masyarakat tidak seharusnya mengambil tindakan sendiri dengan memukul suspek sehingga akhirnya meragut nyawa. suspek seharusnya di bawa ke pihak berkuasa supaya dapat membuat penjelasan andai benar apa yang terjadi ini adalah satu salah faham.

Apa-apa pun kita serahkan kepada pihak bekuasa untuk melakukan siasatan dan semoga kebenaran dan keadilan berpihak kepada yang benar.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!