72672

Keunggulan Ungu Dan Afgan Pukau 5000 Penonton - Suria FM - Segalanya Hiburan

Konsert terunggul Afgan dan Ungu yang berlangsung pada malam Jumaat minggu lalu sangat meriah dengan kehadiran lebih dari 5000 peminat.

screen-shot-2017-10-09-at-5-43-24-pm

Rata-rata yang hadir adalah peminat setia Ungu dan Afgan yang mahu menonton persembahan mereka dalam skala besar.

screen-shot-2017-10-09-at-5-34-43-pm

Konsert pada malam itu dimulakan dengan persembahan pembukaan bertenaga dari kumpulan Ungu yang membawakan lagu Hampa Hatiku.

Satu yang menarik tentang Ungu ialah vokalisnya iaitu Pasha sangat pintar berkomunikasi dengan penonton.

screen-shot-2017-10-09-at-5-43-35-pm

Stadium asyik bergema dengan gelak tawa dari penonton yang tercuti dengan jenaka dari Pasha bersama teman-temannya.

 

screen-shot-2017-10-09-at-5-46-52-pm

Malam itu turut Ungu turut berduet dengan peserta AF Megastar iaitu Idayu, mendendangkan lagu Tercipta Untukku.

Tidak sah andainya lagu-lagu hits Ungu tidak diperdendangkan seperti Bila Tiba, Aku Tahu dan Kekasih Gelapku.

Vokal Pasha masih seperti dulu biarpun keadaan fizikalnya sudah banyak berubah. Pasha sempat membuat jenaka tentang saiz bajunya yang semakin membesar.

screen-shot-2017-10-09-at-5-40-26-pm

Separuh masa kedua, penonton dihiburkan dengan vokal lunak oleh Afgan. Saat Afgan muncul di atas pentas, penonton bagaikan terkena histeria.

screen-shot-2017-10-09-at-5-25-43-pm

Afgan tampil segak memakai sut lantas membikin hati wanita cair dengan wajah tampan dan suaranya yang memukau.

screen-shot-2017-10-09-at-5-49-42-pm

Pada malam itu juga, Afgan banyak memperdengarkan lagu-lagu baru darinya antaranya lagu berjudul ‘X’.

screen-shot-2017-10-09-at-5-43-03-pm

Lagu berhantu Terima Kasih Cinta adalah satu kemestian buat peminatnya. Boleh kacau jadinya andai lagu ini tidak didendangkan.

Malah Afgan sempat bergurau mengatakan dia sudah bosan menyanyikan lagu ini. Katanya sudah beratus ribu kali dia menyanyikan lagi Terima Kasih Cinta. Namun Afgan akur dengan peminat kesayangannya.

Afgan yang masih belum hilang penat baru pulang dari Korea tetap memberikan persembahan yang penuh bertenaga. Katanya dia hanya punya sehari sahaja waktu untuk berlatih.

screen-shot-2017-10-09-at-5-31-49-pm

Penonton yang hadir pada malam itu berpeluang beramah mesra dengan artis pujaan mereka dalam sesi ‘Meet & Greet’.

screen-shot-2017-10-09-at-5-42-42-pm

Caranya mereka hanya perlu menjawab soalan yang ditanya oleh pengacara majlis pada malam itu. Terhibur juga melihat telatah para peminat yang begitu teruja dan beriya-iya mahu menjawab soalan.

Konsert Terunggul Afgan dan Ungu dibawakan oleh Popcorn Studio dan Suria sebagai radio rasmi.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!