88769

Kisah ‘Setia Hujung Nyawa’ Sentuh Hati Netizen - Suria FM - Segalanya Hiburan

Kelmarin tular di media sosial tentang kisah seorang wanita yang meninggal dunia sehari selepas arwah diijabkabulkan.

Kisah Allahyarhamah Fatin Nur Syahirah mendapat perhatian netizen kerana beliau meninggal dunia akibat menderita penyakit kanser tisu namun sempat diijabkabulkan dengan tunangnya, Mohamad Saiful Azzam malam sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Pasangan ini bertunang selepas Aidilfitri yang lalu dan merancang untuk bernikah pada 18 Ogos, tetapi apakan daya tahap kesihatan arwah kian merosot sehingga lumpuh. Keluarga mempercepatkan perkahwinan Fatin dan Azzam kerana mahu menunaikan impian Fatin untuk berkahwin.

Ramai netizen yang kagum dan tersentuh dengan kisah percintaan Fatin dan Azzam yang tetap setia sehingga ke hujung nyawa.

Abang arwah iaitu Shukur Yusud turut berkongsi kisah Fatin di akaun Facebook miliknya menceritakan setiap peristiwa yang berlaku.

Sama-samalah kita sedekahnya Al-Fatihah kepada arwah Fatin Nur Syahirah dan semoga Azzam dan Fatin akan bertemu semula di Jannah.

 

 

Sumber : Oh Bulan & FB Shukur Yusof

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!