72303

Konsert Ariana Grande Berakhir Dengan Tragedi Letupan Bom - Suria FM - Segalanya Hiburan

0522-ariana-grande-tmz-9

Konsert penyanyi pop terkenal Amerika, Ariana Grande di Manchester Arena, England telah berakhir dengan tragedi letupan bom yang mengorbankan sekurang-kurangnya 19 nyawa manakala 59 orang lagi tercedera.

 

4000

Serangan letupan bom itu dipercayai didalangi oleh pengganas.

Ribuan peminat sedang berada di dalam arena tersebut sewaktu dua kejadian letupan itu berlaku.

screen-shot-2017-05-23-at-1-38-38-pm

Menurut beberapa saksi, mereka mendengar dua letupan kuat di tempat kejadian selepas konsert itu tamat kira-kira jam 10.30 malam waktu tempatan.

chi-concert-explosion-wre0052591191-20170522

Kelihatan juga orang ramai berlari sambil menjerit di dalam arena tersebut dan ada sesetengahnya berlumuran dengan darah.

rex-manchester-incident-01-jc-170522_12x5_1600

Insiden letupan ini telah diklasifikasikan sebagai serangan pengganas.

Walaubagaimanapun Ariana Grande dilaporkan terselamat dari sebarang kecelakaan.

Ariana yang terkejut dengan insiden itu telah meluahkan rasa kesal dan simpati terhadap apa yang telah berlaku di Twitter miliknya.

screen-shot-2017-05-23-at-1-30-04-pm

Rakan-rakan selebriti yang lain juga turut memuat naik status di Twitter memberi sokongan kepada Ariana dan meluahkan rasa kesal mereka di atas insiden yang berlaku.

screen-shot-2017-05-23-at-1-36-07-pm

screen-shot-2017-05-23-at-1-36-18-pm

screen-shot-2017-05-23-at-1-36-34-pm

sumber : manchester evening news

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!