72365

Lagu-lagu Terbaru Fazura Menjuarai Carta iTunes Sejam Selepas Dilancarkan - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2017-06-16-at-4-01-35-pm

Nur Fazura terus menggegarkan industri hiburan tempatan dengan satu lagi pencapaian hebat selepas menghidupkan fenomena Fattzura lewat lakonannya dalam drama bersiri Hero Seorang Cinderella.

Terbaru, dua buah lagunya berjudul ‘Bisa Apa’ dan ‘Bangun’ yang baru sahaja dilancarkan hari ini menjuarai dua tangga teratas iTunes Malaysia.

promo-release

Fazura berkongsi berita gembira tersebut di laman Instagram miliknya hari ini.

Menurut Fazura dia sangat bersyukur atas kejayaan tersebut dan sama sekali tidak menjangkakannya.

Paparan Instagram tersebut sudahpun mendapat lebih 12 ribu ‘like’ dan dijangka akan berterusan.

whatsapp-image-2017-06-16-at-4-18-37-pm

Biarpun sebelum ini sering dikecam oleh beberapa netizens yang mempersoalkan kemampuan vokalnya, Fazura kelihatan sama sekali tidak gentar dan terus mengejar impiannya.

Syabas buat Fazura dan kami di Suria sentiasa mengharapakan yang terbaik buat kerjayanya dan segala bidang yang Faz ceburi. ‘Sayangi Diri Mu’ Faz!

Untuk lebih banyak info hiburan yang sensasi klik di sini

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!