72334

Lagu Nyanyian #Fattzura Paling hiburan Di iTunes - Suria FM - Segalanya Hiburan

hiburaniti yang sedang dikecapi oleh pasangan drama paling panas ketika ini, Fattah Amin dan Nur Fazura memang tidak dapat disangkal lagi.

Bukan sahaja drama Hero Seorang Cinderella mendapat rating yang tinggi, tetapi runut bunyi untuk drama itu juga terus mendaki ke puncak apabila baru sehari dimuatnaik ke dalam rangkaian pembelian lagu digital iTunes.

screen-shot-2017-06-05-at-10-59-02-am

Lagu Cinderella nyanyian mereka berdua telah pantas mendaki kedudukan pertama carta iTunes mengetepikan lagu-lagu hiburan antarabangsa antaranya Despacito nyanyian Luis Fonsi, Daddy Yankee dan Justin Bieber, serta Shape Of You dendangan Ed Sheeran.

screen-shot-2017-05-26-at-12-15-46-pm

Fattah menerusi akaun Instagramnya sempat berterima kasih kepada semua yang telah memuat turun lagu berkenaan dan meminta supaya pembeli tidak membeli hasil cetak rompak.

Lagu Cinderella adalah ciptaan sepenuhnya oleh penyanyi dan komposer Aizat Amdan yang sebelum ini pernah mencipta lagu Wanita Terakhir nyanyian Fattah Amin.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!