72132

"Lakonan Boleh Dapat Anugerah Pelakon Penipu" – Ibu Zarina Zainuddin Bongkar Rahsia Zarina Anjoulie - Suria FM - Segalanya Hiburan

Baru-baru ini menerusi portal akhbar tempatan pelakon Zarina Anjoulie yang lebih dikenali sebagai Anju telah membuat laporan polis terhadap seorang ibu kepada pelakon Zarina Zainuddin berhubung dengan isu ugutan yang diterima olehnya.

za3

Apa yang difahamkan, kerenggangan hubungan antara Anju dan ibu Zarina yang mesra disapa dengan panggilan ‘Mama’ itu bermula selepas isu yang kononnya Anju telah meniru dan menipu pelanggan tentang produk perniagaannya.

maxresdefault

Mereka berdua menjalankan perniagaan yang sama iaitu dengan menjual sabun sirih dan Mama juga mendakwa bahawa Anju telah menipu pelanggan dengan mengeluarkan kenyataan bahawa semua sabun yang dijualnya itu adalah hasil tangan Anju sendiri walhal ia telah diambil dari kilang.

zarina-1_1

Mari kita baca antara kenyataan dari Mama sendiri menerusi akaun Instagram miliknya selepas Anju membuat laporan polis terhadapnya:

“MA BUKAN NK GADUH TAPI DH PRINSIP MA X SUKA ORG TIPU KT IG NYA DIA KATA DIA BUAT SENDIRI NI KT HARIAN METRO DIA KATA DIA BELI DARI PEMBEKAL KAIN..YAA ALLAH BELUM APA2 DIA SENDIRI DH TERCAKAP MA RASA DIA NI X BETUL MA MALAS LA NK GADUH NGAN ORG STIM NI CAKAP LINTANG PUNGKANG LEPAS TU SALAH KAN MA KATA MA JUAL AGAK MAHAL BAYANGKAN MA JUAL NGAN DIA RM13. MA DAPAT RM2 SEKEPING ..TAPI PASAL KESIAN MA BAGI GAK NI BELI KILANG MEMANG LA MURAH DH BUAT BANYAK2 TAPI KENAPA PERLU BERLAKUN TUANG SABUN BAGUS SANGAT LAKUNAN YANG SUAM2 KUKU TU ..MA MALAS NK BISING TAPI BILA DIA AIB KAN KENCING BERAK ATAS KEPALA MA X BOLEH DIAM MA BUKAN DUNGGU MCM BRLUKANG TUUU..👹👹👹👹👹”

“MEMANG MANTUPPPP LAKUNAN NYA BOLEH DAPAT ANUGRAH PELAKUN PENIPU”

“TOLONG LA BELUKANG KLU KAU DH BIASA DUDUK DALAM LONGKANG DI MANDI KAN AIR MAWAR PUN BAU BELUKANG TETAP ADA..HAAAAH KAN DH GERAM NI SAKIT HATI ASIK FITNAH KAN MA JE MANA MA NK LETAK MUKA.. ALLAH TU ADA BERKAT ZIKIRULLAH MA TIAP2 SUBUH TERBONGKAR JUGAK BUKAN MA YANG BONGKAR SENJATA MAKAN TUAN KENA TULAH KETURUNAN SHIKH DAN SAID HAMIK KAU”

Mungkin kepada anda yang sudah mencuba sabun sirih keluaran Mama dan Anju boleh menilai tentang keberkesanan sabun sirih mereka berdua.

Kami di SURIAfm berharap agar Mama dan Anju dapat menyelesaikan isu ini dengan baik tanpa sebarang tindakan undang-undang.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!