72342

Laudya Cintya Bella Kekasih Engku Emran? - Suria FM - Segalanya Hiburan

Wow! Sekarang ini sedang heboh di Indonesia mengenai pelakon cantik lagi popular Laudya Cynthia Bella yang digosipkan bercinta bersama jejaka Malaysia iaitu Engku Emran.

Engku Emran yang juga bekas suami primadona negara, Erra Fazira dikatakan lelaki terbaru yang bertakhta di hati Bella.

Apa yang menguatkan spekulasi mereka sedang bercinta ialah, baru-baru ini Bella telah memuatnaik sekeping foto di Instagramnya bersama seorang lelaki (dipercayai adalah Engku Emran).

screen-shot-2017-06-07-at-11-21-54-am

Di dalam kapsyen gambar tersebut, Bella menulis Im blessed and thank youAllah for Every day, Everything, and E. Malah Bella juga dilihat sengaja meletakkan huruf besar pada huruf ‘E” di dalam kapsyennya itu yang dikatakan merujuk kepada Engku Emran.

Bukan itu saja, mereka berdua juga sering ‘like’ gambar masing-masing di Instagram.

Sewaktu kru Suria berkesempatan menonton tanyangan perdana filem Surga Yang Tak Dirindukan 2 beberapa bulan lalu, kami perasan kelibat Emran turut hadir pada malam itu.

1496633104_laudya-cynthia-bella-1

Ruangan komen di Instagram milik Engku Emran pun sudah mula dibanjiri dengan komen-komen peminat Bella dari Indonesia.

Andai benar mereka sedang bercinta, ini pasti akan menjadi sesuatu yang sangat besar kepada industri hiburan sama ada di Indonesia mahupun Malaysia.

Bella juga dikhabarkan telah putus tunang bersama bekas tunangnya yang merupakan anak saudara presiden Indonesia.

screen-shot-2017-06-07-at-11-23-38-amNampaknya masing-masing sedang mencari cinta untuk mengisi kekosongan di hati. Engku Emran pun sudah lama menduda sejak bercerai dengan Erra Fazira 3 tahun lalu.

Apa-apapun kita kena tunggu penjelasan dari kedua pasangan ini. Kami di Suria mendoakan agar hubungan baik yang terjalin ini akan berterusan ke peringkat yang diredhaiNya.

Sumber : TRIBUNEWS.COM

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!