72749

Liza Hanim Terima 'Standing Ovation' Dari Juri Profesional - Suria FM - Segalanya Hiburan

Semalam kita dapat saksikan Dato’ Ramli MS sekali lagi memberikan ‘standing ovation’ kali ini kepada penyanyi bersuara hebat iaitu Liza Hanim sewaktu konsert Gegarvaganza musim keempat.

Dato Ramli atau lebih mesra dipanggil Tok Ram telah memberikan pengiktirafan itu kepada Liza selepas beliau memberi persembahan yang memukau menyanyikan lagu Aku Hanya Pendatang nyanyian asal Francissca Peter.

Bukan sahaja Tok Ram, malah juri tetap kedua iaitu Hetty Koes Endang juga turut memberikan ‘standing ovation’ kepada Liza.

Tok Ram sewaktu ditemui ketika sidang media berkata, Liza Hanim layak mendapat ‘standing ovation’ kerana kehebatannya menyanyikan lagu yang diberi susuan muzik yang baru dalam masa satu hari.

screen-shot-2017-11-06-at-12-55-06-pm

“Dengan sekali latihan, dia boleh buat persembahan sebegitu, ia sangat ‘fantastic’! Beri dia kredit. Sebutannya juga terang dan jelas. ‘Feel’ dia juga bagus. Dia tak menyanyi macam Francissca langsung”, jelas maestro muzik ini.

screen-shot-2017-11-06-at-12-51-50-pm

Liza sewaktu diminta mengulas tentang perasaannya mendapat tempat pertama dan ‘standing ovation’ dari Tok Ram berkata beliau sangat terkejut dan pada masa yang sama gembira dengan pengiktirafan itu.

Sebenarnya pada hari yang sama konsert berlangsung, Liza turut membuat pesembahan di Singapura pada tengah hari demi melunaskan perjanjian yang telah dimeterai beberapa bulan lalu. Disebabkan itu Liza hanya mempunyai sehari sahaja untuk melakukan raptai.

screen-shot-2017-11-06-at-1-01-23-pm

“Perkara ini saya telah setuju 3 bulan lalu sebelum saya sertai Gegarvaganza. Peminat membuat tempahan meja untuk melihat persembahan saya. Tidak elok untuk saya batalkan di saat akhir semata-mata saya sertai Gegarvaganza. Sebagai penyanyi, ini adalah amanah dan harapan orang.

Saya rasa lega sebab saya dah berjaya lunaskan tanggungjawab saya. tapi saya rasa berdebar juga sebenarnya takut tak sempat sampai Malaysia”, jelasnya.

screen-shot-2017-11-06-at-1-02-34-pm

Disebabkan itu, Liza telah membawa jurusoleknya bersama kerana andai terlewat, dia boleh bersolek di lapangan terbang sahaja.

Itulah pengorbanan seorang insan seni yang begitu berdisiplin dalam kerjaya. Semoga kesungguhan Liza Hanim menjadi ikutan artis-artis generasi baru untuk dijadikan panduan.

 

Kredit Foto : Instagram Liza Hanim & Gegarvaganza

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!